SEMUT HITAM
NURUL IZZAH TERDESAK ULANG SKRIP YANG SAMA!!!
Hehehe!!! Korang ingat lagi insiden 'Dimana Jam Omega'? Setiap kali orang tanya mengenai isu tu, pasti Si Ketua Penipu tu akan jawab, 'U Ulang, I Saman'. Itu je la alasan dia.
Kali ini, skrip yang sama juga turut dibuat oleh Si Nurul Izzah apabila dihimpit kontroversi hangat berhubung gambar dia dengan Puteri Kiram tu tersebar dilaman media sosial sebelum ini.
Dek kerana terdesak sangat nak menamatkan kontroversi tersebut dari terus hangat diperkatakan oleh rakyat yang menghentam dia kiri kanan, maka mula la dia keluar 'Buah Ugut'.
Kata Si Nurul Izzah, dia sekarang ni sedang mempertimbangkan tindakan untuk memfailkan saman terhadap mereka yang mendakwa perbuatan dia itu suatu 'Pengkhianatan'.
"Saya akan berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tertentu seperti Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menyamakan tindakan saya dengan perbuatan khianat," katanya kepada pemberita di luar Dewan Rakyat, Rabu.Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga turut mengesahkan bahawa dia telah dipanggil oleh pihak Polis berhubung isu ini dan mungkin akan mengadakan pertemuan dengan pada Khamis.
Mengenai kemungkinan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen beliau berkata akan menerimanya dengan hati yang terbuka sambil menambah beliau tiada apa yang hendak disembunyikan.
"Kejadian ini berlaku di luar Dewan Rakyat. Tetapi jika Azalina ingin menambah satu lagi sebab untuk mengutuk seorang Ahli Parlimen pembangkang, sila teruskan. Senarainya panjang," katanya.Naib Presiden PKR itu merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang pada Rabu, telah membawa usul untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung tindakannya.
Buat la apa yang Si Nurul Izzah tu rasa dia nak buat. Itu hak dia kalau dia nak ambik tindakan terhadap sesiapa pun yang mempertikaikan tindakan yang telah dilakukan sebelum ini.
Tapi apa yang pasti, tindakan yang dia lakukan itu membuktikan bahawa puak - puak Pakatan Haprak tu sanggup melakukan apa sahaja demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Termasuk bersekongkol dengan musuh Negara!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.