Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAKIN SAKIT OTAK SI RAFIZI TU DIBUATNYA!!!

SEMUT HITAM
MAKIN SAKIT OTAK SI RAFIZI TU DIBUATNYA!!!
Haduh!!! Kalau Si Rafizi tu baca laporan media seperti dibawah ni, gerenti dia akan semakin hilang akal dan sakit otak. Orang yang kuat tabut FITNAH ni memang jenis 'Sakit Otak' belaka.

Nak pulak bila Si Ahli Parlimen Pondan tu ada kes berkaitan Akta Bafia di mahkamah yang masih lagi menunggu untuk dibicarakan ekoran tindakan dia mendedahkan kes NFCorp tu sebelum ini.

Jadi, tak mustahil sekiranya Si Rafizi tu akan meroyan bila tau Pengerusi NFCorp tu sanggup menerima permohonan maaf Shamsulbahrin yang telah menabur fitnah terhadap dirinya. Jangan nanti Si Rafizi tu pun ikut jejak langkah yang sama dan mintak maaf sudah la!!!
KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah difailkan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail terhadap bekas perunding syarikat itu Shamsubahrin Ismail selesai, selepas Shamsubahrin memohon maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab merekodkan penyelesaian kes itu dan membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan Mohamad Salleh pada 3 Julai lepas, tanpa kos.

Shamsubahrin selaku defendan ketika membacakan kenyataan maaf itu berkata, “Sebagai tanda muhibah dan untuk mengetepikan perselisihan yang pernah berlaku antara kita, saya, Shamsubahrin Ismail memohon maaf dan menyesali akan perbuatan yang telah mencemarkan reputasi Mohamad Salleh yang mungkin telah mengaibkan, memberi tekanan dan ketidakselesaan kepada beliau akibat posting dalam laman Facebook saya seperti dirujuk dalam pernyataan tuntutan.

“Saya berjanji untuk tidak mengulangi kenyataan atau kenyataan serupa membabitkan Mohamad Salleh, isterinya, tiga anaknya dan NFCorp, National Meat and Livestock Sdn Bhd dan Real Food Company Sdn Bhd”.

Selepas itu, Mohamad Salleh memaafkan Shamsubahrin dan turut memohon maaf kepada Shamsubahrin serta memaklumkan bahawa beliau tidak pernah membuat sebarang laporan polis menuduh defendan menipunya.


“Justeru, saya menyatakan perkara ini telah berakhir dan selesai. Saya membuat perintah writ dan penyata tuntutan plaintif (Mohamad Salleh) dibatalkan tanpa kos,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.