CELAH GELEGAR
[SAYA AKAN TERUS BERSUARA] Respon Tan Sri Muhyiddin Mengenai Keputusan MT UMNO di Parlimen semalam - Apa DOSA Saya
Mesyuarat MT UMNO semalam memutuskan perasmian serentak persidangan sayap-sayap tidak akan dibuat sebagaimana lazimnya.
Sebaliknya, ketua-ketua sayap akan merasmikan persidangan masing-masing.
Sejak 6 tahun yang lalu sebagai Timbalan Presiden, menyampaikan amanat kepada perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang datang dari segenap pelusuk negara sentiasa saya laksanakan dengan penuh tanggungjawab.
Ia adalah ucapan terpenting saya di hadapan para pejuang parti yang melakarkan harapan serta cita-cita saya agar UMNO terus gagah meredah cabaran zaman.
Nampaknya, saya tidak berpeluang lagi untuk menyampaikan amanat saya dalam satu majlis yang amat bermakna buat saya sebagai Timbalan Presiden.
Saya diberitahu ada pihak-pihak tertentu yang mahu menghalang saya daripada berucap.
Apalah dosa yang telah saya lakukan terhadap UMNO sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada setiap Timbalan Presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini?
Atau apakah ada mereka yg cukup takut dengan apa yang akan saya ungkapkan di hadapan anak-anak muda yang dipercayai boleh meluputkan keyakinan kepada seseorang pemimpin.
Sementara saya menghormati keputusan MT, tetapi saya juga ingin mengingatkan mereka bahawa dalam sebuah negara yang bebas dan merdeka, tiada siapa yang boleh mendiamkan saya.
Saya akan terus berbicara menyatakan yang hak.
Perjuangan saya di dalam UMNO bukanlah untuk mempertahankan mana-mana individu, tetapi untuk membela agama, bangsa dan negara yang tercinta.
InsyaAllah, saya akan terus istiqamah di atas landasan perjuangan suci ini.
"Faidza 'Azamta Fatawakkal 'Alallah". ("Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah"- Ali-Imran:159).
Allahuakbar!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.