Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAS GEMBIRA PAN JADI "BADUT"!!!

SEMUT HITAM
PAS GEMBIRA PAN JADI "BADUT"!!!
PAS gembira Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP tidak mendapat sokongan padu ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang ditonjolkan dalam Kongres PKR 2015 kelmarin.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, senario itu turut diakui oleh Timbalan PKR merangkap Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

“Suasana di Kongres PKR kelmarin ketika nama parti PAS disebut, delegasi yang mewakili akar umbi PKR memberikan tepukan gemuruh berbanding bila disebut DAP dan PAN yang hanya diberikan tepukan ala kadar.

“Timbalan Presiden PKR bila ditanya wartawan berhubung senario itu langsung tidak berselindung bila berkata itulah gambaran sentimen akar umbi PKR,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad dalam pada itu mendakwa, pada waktu ini sedang berlaku tentangan terbuka oleh masyakat cina terhadap kepimpinan DAP yang diketuai anak-beranak Lim iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau memberi contoh tindakan sekumpulan kaum Cina yang di Pulau Pinang menaikkan sepanduk meminta Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang supaya pulang saja ke Melaka.

“Ini mungkin babak awal tantangan masyarakat cina tempatan kepada kepimpinan Lim itu,” katanya.

Malah, katanya, beliau dimaklumkan satu program utama PAN peringkat nasional di Selangor baru-baru ini berada dalam suasana sugul, hambar, tidak ceria dan dipenuhi aura negatif. – mynewshub.cc

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.