Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAS TETAP MEROYAN, TUDUH HUSAM TABUR FITNAH!!!

SEMUT HITAM
PAS TETAP MEROYAN, TUDUH HUSAM TABUR FITNAH!!!
Ish! Pak Berahim ni. Setakat bercakap aje ke yang dia berani buat? Takkan setakat itu je yang dia mampu untuk mempertahankan maruah parti dengan menghabiskan 'Air Liur' semata - mata?

Kalau setakat bercakap macam ni, suruh budak sekolah tadika pun reti bercakap tanpa perlu mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya. Masalahnya, apa yang dia nak takutkan sangat?

Kenapa perlu dibiarkan sahaja tuduhan demi tuduhan yang sedikit sebanyak dapat mempergaruhi ahli PAS diperingkat akar umbi ini berterusan jika ianya tidak benar seperti didakwa?

Kata dia, tuduhan yang mengatakan bahawa PAS akan menjalinkan kerjasama politik bersama UMNO adalah tuduhan yang tidak berasas dan sama sekali tidak berpijak di bumi yang nyata.

Katanya bukti jelas untuk menangkis dakwaan itu adalah, sehingga kini tuduhan - tuduhan yang dibuat itu tidak dapat dibuktikan dan PAS masih 'berperang' dengan UMNO sehingga kini.
"Saya fikir mereka yang buat tuduhan-tuduhan itu yang mengaitkan Pas akan bersama Umno ini sampai sekarang tiada bukti, ia tidak berlaku sebagaimana yang diwar-warkan penuduh."Jadi apa yang penting bagi kita (Pas) kita tengok pada realiti...realitinya Pas tetap berlawan dengan Umno dan tidak timbul Pas hendak bersama Umno sepertimana yang didakwa."Jadi kita fikir pelik di antara orang buat tuduhan dengan orang yang kena tuduh yang tuduh kononnya presiden hendak bergabung dengan Umno tetapi berapa kali ucapan presiden nafi perkara itu."Jadi kalau hendak percaya kepada orang yang dituduh dan kita menolak kenyataan sebenar daripada presiden jadi tidak betul sepatutnya kita menerima kenyataan yang dituduh itu, presiden sendiri telah beberapa kali buat penafian," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Mengulas lanjut, dia juga turut menafikan bahawa PAS tidak terkesan dengan dakwaan sedemikian dan menganggap ianya bukan pertama kali berlaku. Bahkan ianya pernah terjadi sejak tahun 1999 lagi.
"Bukti apakah tuduhan itu berlaku atau tidak, maknanya kalau kita lihat realitinya pas masih tidak bergabung dengan Umno dan masih lawan Umno tiap-tiap  hari jadi itulah bukti bahawa apa yang dituduh tidak betul," katanya.
Isu gabungan antara PAS dengan UMNO kembali bertiup kencang apabila Husam Musa mendakwa Presiden PAS mengaku pernah merancang kerjasama bagi menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Selangor.

Pokok pangkalnya, PAS tetap menafikan sebarang dakwaan yang dibuat oleh Husam sebelum ini. Dan, dalam masa yang sama, PAS juga tetap enggan bergabung dengan UMNO tapi TAKUT nak ambik tindakan terhadap tuduhan liar yang dilakukan oleh Husam!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.