Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[IKON VAPE NEGARA?] Anak TPM Zahid Hamidi

CELAH GELEGAR
[IKON VAPE NEGARA?] Anak TPM Zahid Hamidi

Anak timbalan perdana menteri mempertikai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyerbu kedai-kedai rokok elektronik, atau vape, dan merampas cecair nikotin.

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menyifatkan tindakan itu berunsur ugut terhadap peniaga vape yang dianggap seperti penjenayah.

“Tidak perlu buat rampasan secara drastik, memberi kenyataan seumpama ‘mengugut’ seperti vape ini perbuatan jenayah,” kata anak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Nurulhidayah, yang juga seorang pengguna vape, mendakwa kementerian mengambil tindakan tanpa kajian mendalam.

“Kaji semula dengan beberapa universiti tempatan dan buat perbandingan dengan universiti luar negara, keluarkan soal selidik dan sebagainya, barulah nampak ‘kecerdikan’ di situ,” katanya di akaun Instagram miliknya hari ini.

KKM merampas cecair vape di beberapa lokasi di Selangor. Seorang peniaga memberitahu ProjekMMO semalam ada peniaga yang mengalami kerugian hingga RM200,000 akibat operasi tersebut.

Nurulhidayah antara pengguna-pengguna rokok elektronik, atau e-rokok, yang meluahkan perasaan di Internet.

Nurulhidayah, 36, berkata jika kerajaan boleh mengemukakan fakta jelas keburukan vape, mungkin ada pihak yang tidak marah.

“Dengan adanya fakta, tiada hati yang terguris. Benar periuk nasi mereka yang mengusahakan vape tertutup. Baru hendak belajar berniaga sudah kena kambus.

“Cadangan saya, dekati golongan ini, cari penyelesaian bersama dan jangan laksanakan keputusan dengan mendengar sebelah pihak sahaja. Asal ‘negatif’, palam/ kabus/ timbus,” tambahnya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan pendapatnya itu tidak berniat mencampuri urusan kerajaan atau sebarang kementerian atau ada agenda peribadi.

“Sekali lagi, pendapat saya, kerajaan perlu buat kerja lebih sikit (kajian atau kaji selidik) BUKAN kerja lebih masa hendak buat rampasan vape secara tiba-tiba,” katanya.

Nurulhidayah sebelum ini pernah dikritik oleh warga Internet kerana menghisap vape dan memuatkan foto kegiatan e-rokoknya di akaun Instagram, yang dianggap mereka sebagai “mempromosi” gaya hidup berokok elektronik.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.