SEMUT HITAM
RAMAI JANTAN MERAUNG BACA CERITA MAK JANDA NI!!!
Cukup hangat dengan gosip yang mengatakan beliau merampas suami kawan baiknya sendiri iaitu Datin Karen Rahman serta kes bayaran tertunggak ketika menjadi duta kepada produk kecantikan milik Karen, Maria Farida nampaknya tidak akan membiarkan kontroversi berkenaan menghalang beliau untuk mengecapi kebahagiaan.
Menerusi portal Utusan Online, khabarnya Maria kini sedang sibuk meguruskan majlis perkahwinan beliau bersama seorang lelaki berpangkat Datuk yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.
Maria dikatakan sudah hadir ke mahkamah baru - baru ini, untuk urusan perkahwinannya itu dan membuat permohonan untuk keizinan berkahwin menggunakan wali hakim.
Lelaki tersebut sebenarnya kawan baik Maria sendiri dan mempunyai anak-anak hasil hubungan terdahulu. Walaubagaimanapun, ia tidak menjadi masalah buat Maria kerana beliau mempunyai hubungan yang agak baik bersama anak-anak bakal suaminya itu.
Malah, kedua - dua belah keluarga juga katanya sudah merestui hubungan diantara mereka berdua. Wah, cepat juga Maria Farida membuat keputusan untuk berkahwin bukan?
Mungkin juga sudah jodoh antara mereka, tetapi siapa agaknya Datuk yang menjadi pilihan hati Maria? Bertuah sungguh lelaki tersebut dapat Maria yang masih lagi cantik walaupun sudah agak berusia.
Tapi dalam masa yang sama, sudah pasti ada juga lelaki - lelaki diluar sana yang akan menangis bila mendengar cerita pasal Maria ni sebab tak dapat peluang nak mendekati dia. Hehehe...
PS: Bila gamaknya Mak Janda yang menang Pilihan Raya dengan menabur fitnah tu nak tamatkan zaman janda dia pulak ek? Takkan asyik nak ke hulu ke hilir bawak "Kekasih Gelap" dia je kerjanya!!! Kantoi esok, NAYA wooo!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.