Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUN PATUT BAWAK USUL, HARAMKAN IZZAH KE SABAH!!!

SEMUT HITAM
DUN PATUT BAWAK USUL, HARAMKAN IZZAH KE SABAH!!!
Rasanya, itu tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah jika mereka benar - benar mahu Si Nurul Izzah tu diharamkan menjejak kaki ke Negeri tersebut.

Ianya berikutan perbuatan Nurul Izzah sebelum ini yang dilihat amat tidak wajar kerana rakyat di Sabah khususnya, masih trauma dengan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, pada tahun 2013.

Dalam sidang DUN Sabah semalam, salah seorang ADUN yang mewakili kawasan sekitar Lahad Datu itu turut mencadangkan agar tindakan mengharamkan Si Nurul Izzah itu diambil.
“Apa masalahnya apabila Nurul Izzah menemui Jacel H.Kiram? Jacel minta bukan apa (tetapi) menuntut Sabah untuk masuk sebagai (Kesultanan) Sulu punya,” kata Datuk Mohd Suhaili  Said ketika membahaskan Belanjawan 2016 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata soal Kesultanan Sulu atau Filipina menuntut Sabah itu hal mereka, namun beliau menegaskan rakyat Sabah telahpun membuat keputusan dan memilih untuk bersama Malaysia.

Selain itu, Suhaili juga turut menceritakan penderitaan dan kesukaran hidup yang dialami penduduk Lahad Datu, khususnya dalam DUN Tungku ketika insiden pencerobohan pengganas Sulu itu. 
"Keadaan penduduk ketika itu amat sukar kerana terpaksa lari sehelai sepinggang meninggalkan kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri selepas pertempuran tercetus."Ada penduduk yang melarikan diri ke kawasan Felda dan tinggal di dewan dan sebelum bantuan tiba, beliau sendiri terpaksa berhutang kira-kira RM7,000 untuk membeli barangan keperluan seperti makanan dan minuman untuk membantu mangsa konflik yang ditimbulkan kumpulan pengganas Sulu," katanya.
Tambah menyayatkan hati ialah apabila ADUN Tunku itu juga menjelaskan, empat orang bayi yang baru dilahirkan turut meninggal dunia ekoran pencerobohan yang dilakukan oleh puak - puak Sulu itu..

Justeru, Suhaili mengajak semua rakyat tidak mengira latar belakang fahaman politik, kaum dan agama agar terus bersatu mempertahankan kedaulatan Negara agar keamanan terus kekal dan terpelihara.

Katanya aktiviti dan tuntutan kumpulan seperti 'Sabah Sarawak Keluar Malaysia' yang menghasut untuk membawa Sabah keluar daripada Malaysia juga tidak harus dilayan oleh pihak Kerajaan.

Maka kesimpulannya, tindakan yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah tu jelas bukan hanya sekadar 'Berjumpa' atau 'Bergambar'. Tetapi turut memaparkan sifat tak acuh Pakatan Haprak tu terhadap sentimen dikalangan rakyat!!! Jadi, memang patut dia diharamkan!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.