Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RASUAH, BELUM DAPAT KUASA BOLEH CAKAP LA!!!

SEMUT HITAM
RASUAH, BELUM DAPAT KUASA BOLEH CAKAP LA!!!
Pemuda PAS Selangor mengingatkan ahlinya agar tidak terlalu bermain politik meskipun dilihat agak ketinggalan jika mahu dibandingkan dengan puak - puak Pakatan Harapan.

Naib Ketua Pemuda PAS Selangor berkata, ahli - ahli Pas perlu mengakui bahawa penyertaan mereka dalam parti itu mempunyai misi tertentu bukan kerana terlalu menyukai politik.
"Kita kena akui bahawa kita masuk politik bukan kerana suka sangat dengan politik tapi sebab kita nak ubah keadaan. "Jangan terlalu main politiking nanti orang bosan walau kita dilihat ditinggalkan berbanding Pakatan (Harapan) sebab kita berpegang pada asas halal haram di mana kita tidak mengharamkan yang halal dan tidak menghalalkan yang haram," katanya pada Forum Integriti dan Pencegahan Rasuah Bersama Pemimpin Politik Pas Selangor,  di sini, hari ini. 
Menurutnya, manusia akan sentiasa diuji ALLAH ketika berkuasa dan sudah pasti PAS juga tidak terlepas dari ujian tersebut. 

Katanya, asas utama iaitu dosa dan pahala tetap menjadi perjuangan yang diutamakan oleh parti itu meskipun mereka dianggap sebagai jumud mahupun ortodoks atau ketinggalan zaman. 
"Hari ini dalam sebarang sektor sekalipun, kalau kita sebut dosa dan pahala, tidak berapa laku. Orang anggap kita jumud, ortodoks dan macam-macam. Sebab apa? (Kita dianggap)Terlalu beragama."Ada pula istilah terlalu beragama kan? Mana ada istilah itu. Beragama memang kena terlalu. Itu yang menjadikan orang bertakwa," katanya.
Selain itu, beliau juga mendakwa kadang-kadang orang lawan rasuah ini sebab dia tak dapat. Apabila dia dapat, dia senyap. Nak kita terlibat dengan politik. Benda ini memang betul-betul wujud. 

"Minta jauhkanlah ada orang PAS yang terlibat. Kalau ada yang buat perangai begitu pun, dia dah tentu masuk Amanah," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.