CELAH GELEGAR
[PUNCA KERAJAAN MANSUH SUBSIDI BERAS ST15] Menteri: Beras dibeli oleh warga asing dan restoran, Apa2pun Mansuh Dulu Kemudian baru Fikir Langkah baru, BIJAK2
BERA, Ahad – Satu mekanisme baharu bakal dilaksanakan berikutan langkah memansuhkan program subsidi beras Super Tempatan (ST15) bagi membantu rakyat miskin di negara ini tahun depan.
Program subsidi beras ST15 yang diperkenal sejak 2008 lalu selepas kerajaan memikirkan bagaimana untuk menyediakan beras murah bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
Bagaimanapun, ia terpaksa dimansuhkan kerana program berkenaan mempunyai beberapa kelemahan, termasuk banyak dibeli oleh warga asing dan restoran, bukannya golongan sasar.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata selepas beberapa tahun pelaksanaannya, program itu didapati mempunyai kelemahan.
“Program beras subsidi in diperkenalkan pada tahun 2008 apabila difikirkan bagaimana mahu sediakan beras pada harga yang murah. Bagaimanapun, ada kelemahan dari segi pelaksanaan dan kita tidak mahu beras yang dikeluarkan kepada rakyat Malaysia akhirnya sampai ke pihak tidak sepatutnya.
“Kita juga memikirkan adakah selama-lamanya rakyat miskin di negara kita akan makan beras hancur?,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasaraya Agro pertama di Malaysia di sini, hari ini.
Antara mekanisme yang boleh dipertimbangkan adalah menilai modul di negara lain, seperti Thailand yang mana rakyatnya tidak makan beras tinggi kandungan hancur, sebaliknya menggunakan beras tempatan mereka.
Ahmad Shabery berkata, antara mekanisme lain yang boleh dipertimbangkan ialah dengan memberi wang bersamaan jumlah subsidi bagi sekampit beras, iaitu RM7.50 kepada golongan sasar supaya mereka dapat menggunakannya untuk membeli beras yang lebih baik.
Kementeriannya juga akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kementerian lain yang ‘menjaga’ golongan penoreh getah dan pekebun kecil yang merupakan golongan sasar program subsidi itu, katanya.
Semalam, Setiusaha Bahagian Industri Padi dan Beras MOA, Samsuddin Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan pemansuhan program subsidi beras ST15 ekoran terdapat banyak masalah ketirisan berkaitannya.
Beras ST15 adalah beras tempatan yang mempunyai kandungan 15 peratus beras hancur yang kualitinya sedikit rendah berbanding beras tempatan biasa ST5 dibeli oleh majoriti pengguna dengan kandungan lima peratus beras hancur.
Ahmad Shabery berkata, kerajaan membelanjakan kira-kira RM530 juta setahun bagi program beras subsidi ST15, tetapi dalam pemerhatian mendapati beras itu banyak dibeli oleh warga asing dan restoran.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.