AMIE'S LITTLE KITCHEN
Singgang Ayam & Resepi-Resepi Tertunggak!
Antara yang tertunggak, tersimpan lama dalam folder.... masakan Minang yang biasa dihidangkan di hari raya. Seronok sebenarnya menyelongkar khazanah resepi turun-temurun yang diwariskan oleh nenek moyang dulu-dulu. Masakan Minang bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Amie sendiri pernah serumah dengan rakan dari Negeri Sembilan ketika menuntut di universiti. Sempatlah merasa sambal daun, campuran tempoyak dengan cili padi, santan pekat serta pelbagai daun. Ditambah pula dengan udang! Waduh! Waktu itu memang terasa sangat kehadiran daun kunyit dalam masakan tersebut! Tapi... enak banget! Terima kasih Rasidah sebab bawakan kami satu bekas sambal daun! Di mana kini kau berada Rasidah?
Sewaktu Amie menjalani latihan mengajar, Amie ditempatkan di Chan Hwa High School, Seremban, Negeri Sembilan. Kami menyewa di Ampangan. Sekali lagi Amie terdedah dengan resepi 'cili padi' bila sempat beberapa kali berkunjung ke rumah kawan 'nogori' dan sama-sama masak lomak cili padi.... setiap kali masak, masuk cili padi segonggam! Segonggam ko! Terima kasih Mazni... juga aku tak tahu di mana kau berada kini.
Hmmm... sewaktu bertugas di SMKS, berkawan baik pula dengan isteri pengurus ladang, yang juga dari nogori! He he hee.... waktu inilah Amie sempat merasa daging rusa masak lemak cili api hasil air tangan kawan tadi... entah di mana sudah perginya Kak Safiah sejak berpindah awal 2000-an!
Adik ipar kita pun orang nogori jugak eehhh.....
Eh! Apasal pulak cerita cili padi ni? Padahal resepi Singgang Ayam yang nak dikongsi di bawah ini tak berkaitan pun dengan cili padi. He he hee.... itulah kaaannn... cili padi sinonim dengan masakan Negeri Sembilan, terus menjurus ke masakan Minangkabau pulak. Singgang Ayam ini merupakan salah satu resepi istimewa dari Sumatera Barat. Untuk lebih lanjut bolehlah tanya pada Tuan Google, sebab kita sendiri dah hilang rujukan!
Eh! Apasal pulak cerita cili padi ni? Padahal resepi Singgang Ayam yang nak dikongsi di bawah ini tak berkaitan pun dengan cili padi. He he hee.... itulah kaaannn... cili padi sinonim dengan masakan Negeri Sembilan, terus menjurus ke masakan Minangkabau pulak. Singgang Ayam ini merupakan salah satu resepi istimewa dari Sumatera Barat. Untuk lebih lanjut bolehlah tanya pada Tuan Google, sebab kita sendiri dah hilang rujukan!
Wokeh... Amie belanja satu resepi Minang. Disebabkan terlalu lama tersembunyi dalam folder, Amie pun dah lupa apa cerita tentang Singgang Ayam ini. Syukurlah... resepi tak hilang.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – potong 4 bahagian
5 cawan santan dari 1 ½ biji kelapa
3 helai daun limau purut
1 batang serai – diketuk
2 cm lengkuas – diketuk
1 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit – disiat-siat
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu teh ketumbar biji
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
Cara:
1 1. Masukkan santan di dalam periuk bersama bahan kisar, limau purut, serai, lengkuas, daun kunyit dan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
2 2.Jerang di atas api sederhana panas sehingga santan mendidih dan berminyak.
3 3. Masukkan ayam dan masak hingga empuk.
4 4. Angkat ayam dan kemudian bakar di atas bara api atau ketuhar yang ada gril di atasnya.
5 5. Semasa membakar percikkkan lebihan kuah di atas ayam tadi sehingga ayam menjadi garing.
6 6. Hidangkan bersama lemang.
Gulai Itik Hijau
Rendang Dendeng
Rendang Udang
Jadi, untuk kali ini Amie hanya kongsikan resepi Singgang Ayam dulu yo.....
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.