Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUKA SALAHKAN ORANG, AZMIN DISEKOLAHKAN!!!

SEMUT HITAM
SUKA SALAHKAN ORANG, AZMIN DISEKOLAHKAN!!!
Hahaha!!! Nampak gayanya pembohongan dan tipu muslihat yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu kali ini telah memalukan diri dia apabila disekolahkan secara terbuka.

Dek kerana nak tutup kemaluan diri dia dalam isu berkaitan pembinaan tiga buah lebuhraya bertol di Selangor, Si Menteri Besar Selangor tu sebelum ini telah menyalahkan pentadbiran sebelum dia.

Tapi apa kan daya. Usaha Si Menteri Besar Selangor tu nak menyalahkan Khalid Ibrahim terbongkar apabila ianya dinafikan oleh Bekas Menteri Besar Selangor tu dalam sidang DUN sebelum ini.


Pendedahan yang dibuat oleh Khalid itu sekali gus membuktikan bahawa Si Menteri Besar Selangor tu bukan sahaja Tak Layak jadi pemimpin, tapi dia juga seorang yang Tak Bertanggungjawab.

Oleh kerana sikap Tak Bertanggungjawab yang dipamerkan oleh Si Azmin itulah yang membuatkan dia ditegur oleh seorang Penganalisis Politik secara terbuka dalam media hari ini.

Katanya, Si Menteri Besar Selangor tu sepatutnya memberikan penjelasan terperinci mengenai kelulusan pembinaan lebuhraya tersebut dan bukannya menyalahkan Khalid Ibrahim.

Daripada sibuk nak menyalahkan pihak lain, Azmin sewajarnya memilih untuk menerangkan keperluan pembinaan tiga lebuh raya tersebut kepada rakyat daripada terus bermain politik.
"Ini mungkin cara mudah untuk meredakan suasana kepada rakyat (konnya) bukan mereka (Azmin) yang memutuskan (kelulusan pembinaan lebuh raya), sebaliknya (diluluskan) ketika di waktu Khalid (memerintah). Ini adalah 'Political Reason' supaya melihat bahawa bukan mereka yang lakukanSepatutnya tidak berlaku begitu. Azmin boleh beri penjelasan kepada rakyat mengapa ia dibuat (projek lebuh raya)," katanya hari ini.
Fuad yang juga pensyarah Geopolitik UKM turut senada dengan Khalid bahawa tindakan Azmin menuding jari kepadanya adalah sesuatu yang 'tidak matang' dan 'tidak bertanggungjawab'.

Sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor tu bukan sahaja GAGAL untuk memberikan penjelasan kepada rakyat, malah isu tersebut juga turut menjadi persoalan dikalangan pemimpin PKR.

Maka dengan penjelasan yang diberikan diatas, tak heran la kenapa orang melabelkan Si Azmin tu sebagai Menteri Besar Cap Ayam. Kalau dia hanya setakat pandai nak menyalahkan orang lan je, baik tak payah jadi Menteri Besar!!! Buat menyusahkan orang je!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.