Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TARIF AIR NAIK, SALAH KHALID JUGAK KE MIN???

SEMUT HITAM
TARIF AIR NAIK, SALAH KHALID JUGAK KE MIN???
Eh, biar betul kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor ni? Ke dia buat kenyataan ni selepas dia tak dapat tidur selama beberapa bulan seperti yang dilakukan sebelum ini?

Kalau sebelum ni, Si Menteri Besar Selangor tu mendakwa anak dia yang berusia 15 tahun menduduki 'Final Exam' minggu ni sedangkan semua orang tau, budak Tingkatan 3 semua ambik PT3.

Jadi, tak mustahil Si Menteri Besar Selangor tu boleh buat kesilapan berkaitan dengan kenaikkan tarif air yang didakwa tidak akan memberi kesan kepada rakyat di negeri tersebut.
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tetap akan menaikkan tarif air setelah proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air di negeri ini selesai, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata sehingga kini hanya Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) masih dalam proses rundingan pengambilalihan, manakala proses bagi tiga lagi konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) dan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) berjaya diselesaikan.


“Pasti akan ada kenaikan tarif air ini kerana kos bagi proses pengambilalihan itu adalah untuk memastikan perkhidmatan air berkualiti dan efektif. Bagaimanapun kita jamin kenaikan tarif ini tidak akan membebankan rakyat negeri Selangor,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.
Persoalannya, sejauh mana jaminan yang diberikan oleh Si Menteri Besar Selangor tu akan dilaksanakan? Adakah ianya akan berakhir seperti 'Janji Sampah dan Longkang' yang dibuat sebelum ini?

IRONIKnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu memperlihatkan sifat RETORIK dan HIPOKRIT yang ditonjolkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu selama hari ini.

Walhal diorang juga yang dok tuduh Kerajaan Pusat membebankan rakyat dengan kenaikkan kos sara hidup. Yang diorang pegi tambah lagi beban rakyat ni, menda kejadahnya pulak?

Sepatutnya, kalau diorang benar - benar nak menjaga kebajikan rakyat, semua kos pembelian konsesi air tu perlu ditanggung oleh pihak Rejim Pakatan dan tak perlu untuk dinaikkan tarif air.

Tapi persoalan yang dibangkitkan tu mudah je untuk Si Menteri Besar Selangor tu menjawabnya. Paling tidak, dia tu boleh menunding jari menyalahkan Khalid Ibrahim dan mendakwa dia yang menyebabkan kenaikkan tarif air tu di Selangor!!! Habis cerita!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.