Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[TERKINI] VIDEO& GAMBAR, Tanah runtuh: Tiada kemalangan jiwa, Lebuh Raya KL-Karak ditutup sementara - Menteri

CELAH GELEGAR
[TERKINI] VIDEO& GAMBAR, Tanah runtuh: Tiada kemalangan jiwa, Lebuh Raya KL-Karak ditutup sementara - Menteri

BENTONG - Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor mengesahkan tiada kerosakan membabitkan harta benda dan nyawa dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 52.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dekat Lentang-Bukit Tinggi, kira-kira pukul 7 malam tadi.

Beliau berkata, kedua-dua laluan masih belum boleh dilalui dan jentera MTD Prime Sdn. Bhd. sudah tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 8 malam tadi untuk melakukan kerja pembersihan.

"Segala perkembangan akan dimaklumkan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Kementerian Kerja Raya akan menutup sementara laluan di Kilometer 52.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira pukul 7 malam tadi.


Menterinya, Datuk Seri Fadillah berkata, penutupan sementara lebuh raya itu dibuat berikutan masih berlakunya pergerakan tanah dan cerun di kawasan tersebut.

Katanya, laluan tersebut hanya akan dibuka apabila kawasan tersebut disahkan benar-benar selamat untuk dilalui.

"Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan ketika ini dan kita berharap kawasan tersebut dapat dibersihkan seawal pukul 10 pagi esok.

"Kita juga menghantar pasukan pakar forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja siasatan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Malam Media-Kementerian Kerja Raya di sini semalam.


Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Menurut beliau, kejadian tanah runtuh itu menyebabkan empat buah kenderaan terperangkap, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

"Laporan awal yang kita terima mendapati empat buah kenderaan terlibat dalam kejadian ini dan semua kenderaan tersebut telah berjaya dikeluarkan," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua pengguna jalan raya yang ingin melalui lebuh raya tersebut agar menangguhkan dulu perjalanan ataupun menggunakan laluan alternatif yang disediakan.


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.