Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VIDEO Kes Cubaan BUNUH DIRI di Jambatan Pulau Pinang

CELAH GELEGAR
VIDEO Kes Cubaan BUNUH DIRI di Jambatan Pulau Pinang

Georgetown:  Seorang wanita telah berjaya diselamatkan oleh pihak bomba selepas tekad cuba membunuh diri dengan hendak terjun daripada jamabtan pulau pinang pagi tadi.

Kejadia yang berlaku kira-kira jam 11 pagi di Kilometer 7.4 itu kelihatan seorang wanita berumur 47 tahun duduk di atas tebing jamabtan menghala ke arah Seberang Perai dan cuba untuk terjun.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Pegawai Bomba Kanan II, Saladdin Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.15 Pagi.

Beliau bersama sepasukan 19 anggota dari bomba dari Balai Bomba Jalan Perak dan Perai bergegas ke lokasi kejadian dan terus memujuk wanita berkenaan.

"Mangsa berjaya diselamatkan dengan menangkap dari arah belakang dan diserahkan kepada Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) untuk pemeriksaan.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada 12.14 tengah hari," katanya dipetik harian Metro.


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.