Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[TIMB. MENTERI KESIHATAN lawan MENTERI KESIHATAN?] Dr. Hilmi akui serbuan kedai vape AGAK DRASTIK

CELAH GELEGAR
[TIMB. MENTERI KESIHATAN lawan MENTERI KESIHATAN?] Dr. Hilmi akui serbuan kedai vape AGAK DRASTIK

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya hari ini mengakui tindakan kementeriannya terhadap kedai vape di seluruh negara sejak beberapa hari lalu adalah "agak drastik".

Katanya, Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula tindakan penguatkuasaan ke atas kedai-kedai itu dan menasihatkan penjual menghentikan operasi buat sementara waktu sehingga mereka mendapat lesen berbuat demikian.

Ini kerana, kata Dr Hilmi, mengikut Akta Racun 1952, hanya doktor dan farmasi berdaftar sahaja dibenarkan menjual nikotin dan kementerian akan terus memantau keadaan ini.


"Tindakan baru-baru ini itu agak drastik. Kami akan melihat semula kepada tindakan kami," katanya pada satu sidang media selepas melancarkan kempen derma darah anjuran Persatuan Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar di Kuala Lumpur hari ini. 

Ditanya sama ada penjual vape perlu menghentikan operasi mereka buat sementara waktu sementara menunggu penjelasan yang lebih jelas mengenai bagaimana untuk mendapatkan lesen, dia mengangguk dan berkata, Ketua Pengarah Kesihatan akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu.

"Terlalu awal untuk cakap tentang ini. Kita tunggu KP keluarkan kenyataan. "

Dari segi bagaimana untuk mendapatkan lesen itu, Dr Hilmi berkata, perkara itu perlu ditangani perkhidmatan farmasi, merujuk kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

"Saya faham ia satu langkah yang drastik dan ramai yang marah kerana tindakan terhadap mereka diambil tanpa amaran atau nasihat terlebih dahulu.

"Perkara sudah berlalu, dan nasihat saya kepada mereka yang terlibat dalam (industri) vape adalah, (mereka) diberi peluang mendapatkan lesen mereka."

Star Online hari ini melaporkan, mereka yang terlibat dalam industri itu menggesa pihak berkuasa memberi panduan bagaimana menjalankan perniagaan mereka, selepas lebih 300 kedai di Selangor dan kawasan lain seluruh negara diserbu kementerian.

Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Vape Malaysia Ridhuan Rosli berkata, pemain industri itu sedia bekerjasama jika terdapat garis panduan daripada kerajaan.

"Sekurang-kurangnya, berilah kami tempoh masa untuk memperbaikinya. Jika masih ada di kalangan kita yang tidak mematuhi peraturan, ambillah tindakan.

"Walaupun kami setuju tindakan mereka itu mengikut undang-undang, mereka sepatutnya membantu dan menunjuk ajar kami bagaimana mendapatkan permit atau lesen menjual vape," Ridhuan dipetik sebagai berkata.

Kementerian juga sedang mengkaji keperluan mengenakan cukai eksais ke atas rokok elektronik bagi mengelakkannya daripada menjadi budaya di kalangan rakyat Malaysia. – 7 November, 2015. TMI

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.