Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[VAPE] Menteri, Ismail Sabri HENTAM Kem. Kesihatan, 1Mesyuarat dah Putuskan Hanya FARMASi, MEMBUNUH PENIAGA MELAYU

CELAH GELEGAR
[VAPE] Menteri, Ismail Sabri HENTAM Kem. Kesihatan, 1Mesyuarat dah Putuskan Hanya FARMASi, MEMBUNUH PENIAGA MELAYU

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegur Kementerian Kesihatan yang terburu-buru membuat keputusan mengenai penjualan cecair vape yang dihadkan kepada farmasi sahaja.

Menulis di facebook, beliau menyatakan selepas beberapa kementerian memberi kenyataan yang positif, tiba-tiba Kementerian Kesihatan terus membuat keputusan dengan hanya sekali mesyuarat sahaja.


"Sekali lagi pengmuman kem kesihatan menggemparkan. Selepas tim menteri kpdnkk membuat kenyataan utk seragamkan harga vape & kem kesihatan umumkan utk ujudkan jk khas utk slesaikan isu vape ianya melegakan peniaga2, pembuat perasa vape & pengguna krn gambaran seolah2 vape akan dibenarkan. Namun hanya dgn sekali mesy kkm tlh membuat keputusan utk hanya membenarkan vape dijual di farmasi. Di farmasi bermakna peniaga2 vape tdk lagi boleh berniaga vape sbb farmasi dimiliki sykt2 besar termasuk sykt luar negara." kata beliau

Ismail Sabri berpendapat tindakan hanya membenarkan farmasi sahaja menjual cecair vape akan membunuh perniagaan orang Melayu.

"Tindakan ini tentu shj akan membunuh perniagaan vape yg kebanyakan dimiliki oleh anak2 muda melayu. Oleh itu saya berharap kkm dpt mengkaji semula cadangan baru ini dgn mengambil kira kerugian yg bakal dialami oleh peniaga2 vape yg terpaksa menutup perniagaan mrk."

Beliau berharap Kementerian Kesihatan boleh duduk berbincang dengan peniaga-peniaga vape bagi mencari jalan penyelesaian yang bersifat menang-menang.

"Saya berharap kkm dpt duduk berbincang dgn peniaga2 vape bagi mencari kaedah penyelesaian win-win situation & dlm masa yg sams menyegerakan memperlenalkan peraturan2 yg lebih jelas kpd semua komuniti samada kpd pengguna, penjual & pengusaha perisa." ujar beliau


Keputusan Terbaru KKM Benarkan Cecair Vape dijual Hanya di Farmasi

Semalam Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa cecair perisa e-rokok yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar, 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, itu merupakan keputusan terbaru kementerian dalam usaha mengawal penggunaan dan penjualan e-rokok di negara ini.

"Cecair e-rokok yang mengandungi nikotin dikehendaki didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Akta Jualan Dadah 1952.

"Ia hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar dan perlu direkodkan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas berkaitan e-rokok.

Katanya lagi mengikut Akta Racun 1952, penjualan nikotin oleh lain-lain pihak adalah salah di sisi undang-undang.

Kementerian pada 30 Oktober lalu, berkata kabinet telah mengeluarkan keputusan untuk tidak mengharamkan e-rokok atau vape.

Minggu lalu, kementerian telah memulakan operasi merampas cecair vape yang mengandungi nikotin.

Kemudiannya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam berkata, satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengendalikan isu berkaitan e-rokok yang dipengerusikan oleh Dr Noor Hisham. 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.