Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[VIDEO] 20 Cawangan UMNO di Bahagian SEPANG DESAK NAJIB LETAK JAWATAN

CELAH GELEGAR
[VIDEO] 20 Cawangan UMNO di Bahagian SEPANG DESAK NAJIB LETAK JAWATAN

Malam tadi berlangsung satu majlis sidang media Undur Najib oleh beberapa Ketua Cawangan dari bahagian Sepang untuk melahirkan ketidakpuasan hati mereka kepada kepimpinan Najib selaku PM dan Presiden Umno seterusnya mendesak Najib supaya meletak jawatan seberapa segera demi memastikan kelangsungan Umno terjamin dan kehidupan rakyat terbela.

Ketua jurucakapnya saudara Rushdan Mohamed, Ketua Cawangan Rista Villa, Perdana Putra telah melahirkan kekecewaan beliau terhadap kepimpinan Najib sambil merujuk kepada isu2 GST, dan kegagalan menjelaskan isu 1MDB dan RM2.6 bilion. 

Rushdan juga melahirkan kebimbangan akar umbi yang sudah tidak yakin lagi dengan kepimpinan Najib yang menurutnya, Umno pasti akan kalah dalam PRU14 sekiranya Najib masih terus memimpin Umno.

Beliau turut meminta supaya Pemilihan diadakan pada PAU tahun depan kerana menurutnya itu juga merupakan tuntutan banyak cawangan2 Umno di seluruh negara.

Bila ditanya apakah beliau bersedia berdepan dengan tindakan dari kepimpinan Umno ekoran kenyataan meminta Najib meletak jawatan ini, Rushdan yang juga merupakan bekas pengarah war room Parlimen Sepang,  berkata beliau bersedia menerima apajua tindakan.

" Saya hanya melakukan apa yang termampu oleh saya. Saya tak nak disoal oleh anak dan cucu saya esok, apa yang anda lakukan untuk mempertahankan parti Umno ! "

Rushdan turut menyeru ahli2 Umno dan ketua2 cawangan Umno di seluruh negara supaya meletakkan kepentingan parti dan bangsa di depan mendahului kepentingan diri. Beliau meminta mereka supaya lebih berani untuk tampil berdiri teguh meminta Najib meletak jawatan dengan serta merta.

Mereka mewakili 20 cawangan Umno di bahagian Sepang antaranya - 

Ketua Cawangan Kampung Pulau Meranti 
Ketua Cawangan Rista Villa Perdana
Ketua Cawangan Dengkil Pekan
Ketua Cawangan Boundry Permai
Ketua Cawangan Kampung Semarang
Ketua Cawangan Kampung Sungai Pasau
Ketua Cawangan Pinggiran Cyber
Ketua Cawangan Saujana Prima
Ketua Cawangan Rosana Villa
Timbalan Ketua Cawangan Admiral
Ketua Pemuda Kampung Pulau Meranti
Ketua Pemuda Taman Desa Dengkil
Ketua Pemuda Taman Nilam
Ketua Pemuda Kampung Sungai Rasau
Setiausaha Admiral

Sumber:
 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.