SEMUT HITAM
WOW! "DATIN MERECEK" MACAM NI PUN ADA KE???
Seorang sahabat yang mengikuti perkembangannya melalui Instagram acapkali memberi tahu yang Datin Ezurin ni asyik holiday ke luar negara. Sehinggakan majalah GLAM terpaksa menunda beberapa kali rancangan mereka untuk merakam gambar Datin bagi muka depan majalah mereka.
Dia juga katanya sering kali berulang alik dari Kuala Lumpur ke London untuk menguruskan persekolahan anaknya dan tiba-tiba berada di Hong Kong dalam menghadiri parti keraian teman baiknya.
Walaupun sibuk dengan rutin harian dan jemputan, ibu kepada 5 orang anak ini sentiasa utamakan keluarga. Katanya, famili yang besar tidak menghalang minat beliau ke arah fesyen.
Selalu ke Paris dalam menghadiri pelbagai fashion show. Atau paling tidak, bekas pelakon ini akan berehat - rehat di villa miliknya di Bali. Amat mengagumi Stella McCartney iaitu seorang pereka fashion terkenal berbangsa British.
Suami Datin pula adalah pemilik insurans MAA yang juga anak kepada big boss Melewar Group. Apapun kita boleh intai kehidupan 'terbuka' Datin melalui gambar - gambar yang mudah didapati di Google.
"Saya mungkin dilihat sibuk ke sana-sini tetapi keluarga adalah nombor satu dan kepentingan mereka melangkaui segalanya," kata Ezurin yang kini khabarnya sedang berlayar bersama suami dan anak-anak mereka menaiki kapal layar peribadi ke Koh Lipe, Thailand.
PS: Mungkin dia rasa 'Bertuah' kerana memiliki segalanya didunia. Tapi 'memiliki segala - galanya' itu bukan bermakna kita boleh buat 'apa saja'. Semua tu terpulang la pada diri sendiri. Ada otak, pikir la sendiri!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.