Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Veteren UMNO: Apakah Obama boleh dengan bebas berjumpa dengan sesiapa saja tanpa merujuk kepada Wisma Putra?

CELAH GELEGAR
Veteren UMNO: Apakah Obama boleh dengan bebas berjumpa dengan sesiapa saja tanpa merujuk kepada Wisma Putra?
SHAH ALAM - ‎ Veteran Umno menyatakan  kekesalan dengan sikap Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang tidak tahu menghormati tuan rumah Malaysia apabila berjumpa pemimpin pembangkang dan antikerajaan.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub mendakwa, tindakan itu ketika kehadirannya sebagai tetamu negara dan menjalankan tugas rasmi menghadiri Sidang Kemuncak Asean telah menunjukkan sikap tidak menghormati tuan rumah.

"Sikap seperti ini jelas menunjukkan 'ketua negara koboi' itu mahu menunjukkan keangkuhannya dan tidak sensitif terhadap negara tuan rumah.

"Apakah Obama berpandangan bahawa berjumpa dengan pembangkang dan kumpulan antikerajaan itu sebahagian dari tugas rasmi dalam lawatannya ke negara ini?

"Apakah Obama boleh dengan bebas berjumpa dengan sesiapa saja tanpa merujuk kepada Wisma Putra?" katanya dalam satu kenyataan.

Mustapha berkata, Veteran dengan tegas ingin menyatakan kalaupun tuan rumah Malaysia memberi kelonggaran kepada Obama kerana untuk menjaga hati dan persahabatan, beliau tidak sepatutnya menggunakan kelonggaran itu demi menjaga hati Malaysia.

"Apakah Obama boleh dengan bebas berjumpa dengan mana-mana pihak yang antikerajaan kalau dia melawat negara lain seperti China?

"Dalam hal ini, ternyata kedutaan AS telah tersalah nasihat kepada Obama. Atau dutanya dengan sedar sengaja mengatur perjumpaan itu," katanya.

Katanya lagi  Veteran memang menyedari Kedutaan AS di Kuala Lumpur merupakan duri dalam daging sejak sekian lama.

"Mereka telah menghantar isyarat yang salah kepada Washington dalam hal Bersih dan kes Anwar Ibrahim.

"Justeru itu, Veteran yakin perjumpaan Obama dengan Bersih, LGBT dan pembangkang berkait rapat dengan usaha untuk pembebasan Anwar dan yang bersangkutan dengan kepentingan isu Bersih dan LGBT. Ini membuktikan AS bersedia untuk campur tangan dalam masalah dalaman Malaysia," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.