CELAH GELEGAR
[TERKINI] Pesawat Singapore Airlines dari San Francisco terima ancaman bom
SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapura, Singapore Airlines (SIA) hari ini mengesahkan menerima ancaman bom bagi penerbangan SQ001 yang baru tiba dari San Francisco, Amerika Syarikat ke Lapangan Terbang Changi, Singapura pada Ahad.
Dalam satu kenyataan menerusi twitter, SIA berkata, perkara itu telah pun dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan.
“Kami mohon maaf kerana tiada maklumat yang dapat dikongsi atas faktor keselamatan,” kata kenyataan itu lagi.
Sebelum ini Channel News Asia melaporkan pesawat tersebut mendarat dengan selamat sekitar tengah hari namun penumpang hanya dibenarkan keluar dari pesawat sekitar 1:30 petang.
Penumpang juga terpaksa menunggu lebih dua jam sebelum dibenarkan mengambil bagasi mereka.
Pendaratan dilaporkan dilakukan di kawasan jauh dari pintu utama demi menjaga keselamatan penumpang.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.