Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ALASAN NURUL IZZAH TAK MASUK AKAL!!!

SEMUT HITAM
ALASAN NURUL IZZAH TAK MASUK AKAL!!!
Berjumpa dan bergambar bagi mendapatkan sokongan untuk kebebasan seorang Peliwat? Itu je alasan yang boleh diberikan oleh Si Nurul Izzah tu untuk menjustifikasikan tindakan dia?

Tak masuk akal lansung!!! Kalau betul pun Si Nurul Izzah tu berjumpa dengan anak Sultan Kiram III tu bagi mendapatkan sokongan untuk kebebasan Si ketua Penipu tu, alasan itu tak boleh diterima.

Biarpun Si Nurul Izzah tu dah mintak maaf setelah didesak oleh pelbagai pihak, namun ianya masih tidak cukup untuk menjustifikasikan tindakan yang telah dilakukan secara terbuka.

Soal mengenai kedudukan Si Jacel H. Kiram tu sebagai salah seorang daripada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan dan pencerobohan di Lahad Datu sebelum ini satu hal.

Soal mengenai hubungan kerjasama diantara Si Nurul Izzah dengan puak - puak penceroboh yang telah membunuh penduduk serta anggota keselamatan Negara itu juga satu hal.

Yang lebih kita hairannya, apa kuasa yang Si Jacel H. Kiram tu ada untuk memberikan sebarang tekanan kepada Kerajaan Malaysia bagi memenuhi tuntutan keluarga Si Ketua Penipu tu?

Kenapa Si Nurul Izzah tu memilih untuk berjumpa dengan kumpulan yang turut disertai oleh Jacel H. Kiram, anak kepada penceroboh yang bertanggungjawab menyerang Lahad Datu sebelum ini?

Walhal, Si Puteri Kiram tu bukannya mewakili pihak Kerajaan Filipina yang mempunyai hak untuk memberikan tekanan kepada Kerajaan Malaysia. Sebaliknya, dia anak Lanun!!!

Tidakkah alasan untuk meraih sokongan bagi kebebasan Si Ketua Penipu tu dan memberikan tekanan kepada Kerajaan boleh dianggap satu usaha ke arah pengkhianatan kepada Negara?

Hakikatnya, tindakan Si Nurul Izzah tu yang dilihat berjumpa dan bermesra dengan Puteri Kiram tu adalah satu tindakan yang jelas tak bertanggungjawab terhadap keselamatan Negara.

Sekiranya Si Nurul Izzah tu sanggup berjumpa dengan pihak musuh yang terang - terangan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan terhadap Negara, tak mustahil sekiranya dia juga sanggup menjaja 'Air Mata Buaya' dia untuk mendapatkan sokongan dari pihak Zionist!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.