Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

40 pelajar Malaysia terkandas di asrama akibat banjir di Chennai, India

CELAH GELEGAR
40 pelajar Malaysia terkandas di asrama akibat banjir di Chennai, India

NEW DELHI: Banjir yang melanda negeri Tamil Nadu di selatan India menyebabkan kira-kira 40 pelajar Malaysia di Meenakshi Ammal Dental College, Maduravoyal, kira-kira 40km dari Chennai, terkandas di asrama mereka.

Pelajar terbabit meminta pejabat konsul jenderal Malaysia di Chennai menyelamatkan mereka apabila air banjir mencecah aras satu bangunan berkenaan pagi ini, manakala Jabatan Meteorologi India meramalkan akan berlaku hujan lebat.

Konsul jenderal R. Citra Devi, apabila dihubungi, berkata para pegawainya sedang berusaha menghubungi pegawai kolej itu bagi mengatur urusan menyelamatkan pelajar terbabit.

"Kami sedang berusaha untuk menyediakan kemudahan penginapan untuk pelajar terbabit apabila mereka sampai di Chennai," katanya.

Citra Devi berkata lebih 1,000 pelajar Malaysia di bandar raya itu dan di kawasan lain terjejas oleh banjir dan pejabat beliau telah membuka pusat krisis banjir untuk membantu mereka.

Menurut beliau, bekalan elektrik di bandar raya itu terganggu sejak malam tadi dan hampir semua jalan raya utama dinaiki air.

Citra Devi menasihati rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan supaya menghubungi para pegawai pejabat konsul jenderal, yang bertugas sepanjang masa, melalui WhatsApp (+91 9940344334) atau e-mel (mwchennai@kln.gov.my).

Mereka juga boleh menghubungi pejabat konsul itu (+091 4424334434) atau nombor telefon bimbitnya (+91 9791114261), kata beliau.

Pihak berkuasa lapangan terbang Chennai mengumumkan lapangan terbang di bandar raya itu terus ditutup hingga 6 pagi esok kerana landasannya masih ditenggelami air.

Sementara itu, Malaysia Airlines dan AirAsia, yang mengadakan perkhidmatan dua kali sehari ke Chennai, melencongkan penerbangan mereka ke Bengaluru di negeri Karnataka.-astro awani

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, 'script', 'facebook-jssdk'));
#ChennaiRains : All air traffic suspended at Chennai airport
Chennai Airport temporarily shut down due to rains, water reaches runway #ChennaiRains #ChennaiFloods
Posted by TIMES NOW on Tuesday, December 1, 2015

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.