CELAH GELEGAR
[SIAPAKAH PAK YA] SURAT TERBUKA PAK YA UNTUK PARA PERWAKILAN UMNO, Jangan Jadi Beruk Memuji Beruk
Sdr/Sdri para perwakilan sakalian,
Warkah ini lahir dari seorang Melayu yang membawa amanat dan harapan berjuta rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu.
Sebagai perwakilan UMNO, parti politik Melayu yang tertua dan ulung, yang diberi mandat dan amanah oleh rakyat untuk memimpin kerajaan sejak Merdeka hingga sekarang maka menjadi tanggungjawab moral bagi kalian melaksanakan amanat rakyat itu.
Kuasa yang UMNO nikmati sejak Merdeka bukan hak mutlak sendirian berhad para pemimpin UMNO dengan segala balacinya.
Allah dan rakyat telah menguji kalian selama 58 tahun. Enough is enough.
Kini keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kalian sudah luntur.
Sejak PRU 12 dan PRU 13 kepimpinan UMNO semakin merosot, keyakinan rakyat semakin terhakis, kuasa politik UMNO tergugat.
Jangan kamu bicara atas nama bangsa, Islam dan negara tercinta kerana UMNO sekarang sudah hilang tenaga magisnya, kepimpinannya korup, kerakusannya menggila, kebinatangannya terserlah.
UMNO di bawah Najib yang ditunggani bininnya yang super rakus, super boros, super gila kuasa.
Rakyat bertanya siapa sebenarnya Perdana Menteri? Najib atau bininya yang super rakus itu?
Siapakah punahsihat yang gunting dalam lipatan hingga Najib mendapat gelaran antarabangsa sebagai koruptor nombor wahid dengan segala skandal yang cuba disembunyikan dari rakyat jelata?
Mengapakah Najib membayar beratus juta ringgit kepada para punahsihat matsalleh dari Britain dan US yang ada hubungan dengan Zionis? Tidak pernah dalam sejarah Malaysia pra Najib PM melantik punahsihat matsalleh, apalagi dari kalangan Zionis, di Jabatan PM.
Najib telah menghancurkan masa depan UMNO dan orang Melayu dan Islam kerana penyelewengannya dari aspirasi UMNO seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.
Dia bukan penyelamat bangsa, ugama dan negara.
Dia dianggap oleh rakyat sebagai pengkhianat, budak suruhan Washington dan Zionis.
Apakah kalian mesti mempertahankan Najib yang banyak dengan tokak, kudis buta, skandal politik dan pribadi yang membawa bala kepada UMNO, bangsa Melayu, islam dan negara?
Fkirlah dengan matahati yang bersumber pada keimanan, dan bukan sebagai perwakilan yang makan dedak rasuah.
Kalau kalian berpegang pada tali Allah, berjiwa nasionalis super tulen, patriotis maka kalian mesti berani mendesak Najib letak jawatan segera pada perhimpunan ini.
Seluruh rakyat yang cinta damai, perpaduan dan keamanan akan menjulang kalian sebagai pejuang dan bukan sebagai petualang yang memapah presiden kalian yang hilang maruah, hargadiri dan menjaja mimpi.
Kalian hanya ada SATU pilihan. Kekal Najib sebagai presiden maka hancurlah masa depan UMNO. Kalau kalian sayangkan UMNO dan berpegang teguh pada sumpah keramat perlembagaan parti maka singkirkan Najib dan pilihlah pemimpin terbilang antara kalian untuk menerajui bahtera politik yang patah kemudinya, dan robek layarnya untuk menuju ke destinasi bahagia sekiranya diberkati Allah dan rakyat Malaysia.
PERSIDANGAN UMNO
JANGAN JADI BERUK MEMUJI BERUK
Banyak orang menganggap persidangan UMNO kali ini lebih hebat dan lebih menarik minat seluruh rakyat, termasuk cicak mengkarong, beruk dan babi montel di hutan. Najib dan balaci serta kuda kipangnya menjadi gelabah kerana takut ada perwakilan akan melontar isu skandal 1MDB dan korupsi RM2.6 juta ke muka Najib.
Apalagi Tun Mahathir pula ada di depannya untuk melihat segala sepak terajang Najib di atas pentas cuba menggilap keris tumpul pahlawan Bugisnya. Tidak tahu berapa banyak hantu dan puaka yang jadi penonton gelap dalam persidangan kali ini. Mungkin banyak dukun dan pawang, bertaraf kampungan dan antarabangsa, diminta khidmat untuk melindungi para pemimpin yang dibebani bala dan dosa.
Di sini ujian paling besar untuk semua perwakilan. Apakah mereka makan dedak rasuah dan membisu saja? Apakah ada antara para perwakilan yang berpegang pada tali Allah, mencari kebenaran, lalu menggegarkan majlis mendesak Najib meletakkan jawatannya sebagai presiden UMNO sekiranya dia gagal meyakinkan para perwakilan tentang isu skandal 1MDB dan korupsi RM2.6 bilion itu? Ingat rakyat memerhati segala ucapan dan resolusi yang dibuat dalam majlis UMNO kali ini.
Ada orang berkata apakah Zahid Hamidi yang pernah merancang membuat usul undi tidak percaya pada Mahathir di masa lalu (dia jadi orang suruhan Anwar Ibrahim dulu) tidak mahu membuat usul yang sama terhadap Najib kali ini? Sebagai menteri dalam negeri yang menguasai PDRM tentulah Zahid mempunyai banyak maklumat tentang skandal 1MDB dan "derma" RM2.6 bilion itu.
Zahid, pahlawan Jawa Ponorogo, menteri dalam negeri merangkap TPM tentulah lebih "berwibawa" dan punya "integriti" untuk membuat usul tersebut. Memandangkan dia bekas pelajar sekolah ugama Izzuddin, Ipoh, tentulah dia berpegang kuat pada ugama untuk mencari keredhaan Allah.
Yang penting janganlah persidangan kali ini beruk memuji dan memuja beruk. Ingatlah imej UMNO merosot sekarang. Najib membawa bala kepada UMNO, rakyat dan negara. Kamu mesti berani menyatakan yang benar, menentang kemungkaran, demi memulihkan sokongan rakyat teradap UMNO. Kalau kamu membisu, takut menyatakan hak kamu sebagai ahli parti, jangan salah ibu mengandung kalau UMNO dengan segala kabilah kuda kayu, kuda kepang, unta sirkis dan biawak pasir terjun dalam gaung kemusnahan UMNO selepas PRU 14 nanti.
Tulisan:Yahaya Ismail (Pak Ya)
Siapakah Pak Ya - Baca Artikel Ini
"Saya berjuang melalui tulisan untuk mencari kebenaran dan bukannya mencari pangkat," ujar bekas pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia
"Kunci penulisan saya adalah cari kebenaran. Sebab itu saya berani letak nama sendiri,"
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.