Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[6 GAMBAR TERKINI] Muhyiddin HADIR di PWTC beri sokongan kepada 9 Ketua UMNO Cawangan dihadapkan ke Lembaga Disiplin hari ini.

CELAH GELEGAR
[6 GAMBAR TERKINI] Muhyiddin HADIR di PWTC beri sokongan kepada 9 Ketua UMNO Cawangan dihadapkan ke Lembaga Disiplin hari ini.

TERKINI : YB Tan Sri Muhyiddin hadir di PWTC untuk memberi sokongan kepada 9 Ketua UMNO Cawangan yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin hari ini.
Gambar suasana di PWTC hari ini. Inilah suara akar umbi UMNO!
Gabungan Ketua Cawangan Malaysia


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai penyokong sembilan pemimpin cawangan yang bakal dihadapakan ke Lemabaga Disiplin parti, petang ini.
Ketibaannya seorang diri disambut oleh kira-kira 50 penyokong kem anti-Najib, termasuk Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman yang dipecat minggu lalu dan ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin.
Kumpulan itu mendedangkan 'Inilah Barisan Kita' sebelum membaca doa.
Sebelum ini, Hamidah dikatakan berusaha menghimpunkan ahli-ahli parti untuk berkumpul di ibu pejabat Umno di PWTC untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap presiden Datuk Seri Najib Razak.
"Jom kita berkumpul hari ini pada 12.30 tengah hari untuk mempertahankan nasib sembilan pemimpin cawangan yang akan di bawa ke lembaga disiplin.
"Jangan hanya ulas di WhatsApp dan Facebook. Mari kita bersama-sama dengan wira yang sanggup korbankan jawatan mereka dan keahlian (parti) agar yang lain berani bersama," kata mesej Whatsapp yang diedarkan.
Satu lagi mesej Whatsapp yang disebarkan adalah bahawa Muhyiddin juga akan menghadiri perhimpunan itu.
Sembilan mereka itu adalah antara 13 pemimpin cawangan Telok Kemang Umno yang menggesa peletakan jawatan Najib pada bulan Oktober lalu. -MK










0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.