Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ALASAN PENGERUSI SPR NI TAK MASUK AKAL!!!

SEMUT HITAM
ALASAN PENGERUSI SPR NI TAK MASUK AKAL!!!
Rasanya, ini bukan pertama kali blog ini mengeluarkan artikel yang agak bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh pihak yang Pro Kerajaan. Dan kali ini pun, ianya tak terkecuali.

Buat sekian kalinya, blog ini tetap menyokong cadangan agar daftar pengundi dibuat secara 'Automatik' perlu dilaksanakan di Negara ini. Dah sampai masanya SPR serahkan kerja tu kepada JPN.

Jika dilihat dari satu sudut, alasan yang diberikan oleh SPR melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusinya semalam tak masuk akal. Alasannya cukup dangkal untuk disanggah.

Kata Pengerusi SPR semalam, daftar pengundi secara automatik akan memberikan kesan kepada sistem Pilihan Raya dan ianya memerlukan pindaan Perlembagaan diperingkat Parlimen.

Selain isu mengenai 'Pindaan Perlembagaan' yang dibangkitkan, Pengerusi SPR juga mempersoalkan mengenai 'Data JPN' yang didakwa akan menyukarkan pengundi untuk balik mengundi.
"Pangkalan data JPN akan menunjukkan pengundi itu menetap di sesuatu alamat sedangkan sebenarnya sudah berpindah dan pengundi akan berdepan kesulitan pada hari pengundian apabila pusat mengundi jauh dari kediaman sebenar," katanya.
Sekali lagi Pengerusi SPR tu dilihat cuba nak memperlekehkan pemikiran rakyat di Malaysia dengan alasan se-BODOH itu. Alasan yang diberikan oleh Pengerusi SPR tu terlalu dangkal dan mudah untuk dijawab.

Kot sekarang pun, bukannya takde 'Pengundi Luar' yang didaftarkan dan telah menimbulkan pelbagai keraguan sehingga timbulnya isu berkaitan dengan 'Pengundi Hantu'.

Kalau diikutkan, memang sepatutnya dimana orang tu lahir dan dimana dia daftar kad pengenalan, disitu dia kena balik untuk mengundi. Tak kira la dari ceruk mana sekali pun dia duduk.

Setidak - tidaknya, jika diguna Pangkalan Data JPN, boleh jugak diaplikasikan sistem Biometrik. Bukan ke sebelum ini, SPR jugak yang mencadangkan untuk menggunakan sistem tersebut?

Soal sama ada mereka yang didaftarkan secara automatik nak balik mengundi atau tidak, itu terpulang pada diorang sama ada diorang nak melaksanakan tanggungjawab mereka atau tidak. Nama pun 'Demokrasi'.

Tak salah kalau Pengerusi SPR tu cuba nak beri alasan untuk tidak melaksanakan daftar pengundi Automatik. Tapi, jangan la bagi alasan yang memper-BODOH-kan orang lain. Kot ye nak bagi alasan pun, jangan la sama taraf dengan Longkang!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.