Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIS SEKSI NI KATA, DIA BELUM TERDESAK LAGI!!!

SEMUT HITAM
ARTIS SEKSI NI KATA, DIA BELUM TERDESAK LAGI!!!
Alahai! Sejak dari dia belum pakai tudung, sampai la ke tahap dia dah bertudung penuh pun masih tak berhenti - henti lagi kontroversi 'Panas' yang menyelubungi kelibat artis seksi ni.

Kalau sebelum ni, ada orang dakwa dia menjual tudung 'Ciplak' padahal tudung yang dia jual yang menjadi mangsa 'Ciplak' orang lain sehingga menyebabkan jualan tudung dia merundum.

Kali ini, timbul pulak kontroversi mengenai status perkahwinan dia pulak bila ada pihak yang mendakwa KONONnya dia sekarang ni dah jadi isteri Nombor Tiga kepada seorang Bekas Menteri.

Dek kerana dakwaan itu, pelakon dan pengacara Neelofa tampil dalam satu kenyataan media menyangkal dakwaan bahawa dia kini menjadi isteri ketiga kepada seorang bekas menteri.

Neelofa atau pemilik nama sebenar Nor Neelofa Mohd Noor 26 itu dalam kenyataannya berkata, khabar angin yang tersebar sebelum ini adalah mengarut dan ianya tidak benar sama sekali.
"Apa juga persepsi dan gosip tentang saya menjadi isteri ketiga kepada bekas menteri adalah mengarut. Sangat mengarut sama sekali. Saya harap anda semua mendoakan yang terbaik untuk saya," ujarnya.
Neelofa berkata demikian menerusi status yang dimuat naik dalam laman sosial Instagramnya pada malam Khamis bagi menjelaskan khabar angin yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Sementara itu, Neelofa juga turut berkata, perkara berkaitan hal perkahwinan merupakan sesuatu yang perihal besar dalam hidupnya dan sudah pasti ianya perlu dikongsi kepada umum.
"Jika ia benar, tiada alasan kenapa saya tidak meraikan perkara ini dengan semua orang yang telah memberi sokongan dan menyayangi saya tanpa batasan," ujarnya.
Dalam pada itu, Neelofa juga turut menegaskan, pada usia yang masih muda ini, dia belum lagi terdesak untuk mendirikan rumah tangga. Tambahan pulak, dia masih lagi orang kata 'Bergetah'. Jadi, takkan la dia nak jadi isteri Nombor Tiga!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.