Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AZMIN 'GABRA', TAKUT KENA CERAI!!!

SEMUT HITAM
AZMIN 'GABRA', TAKUT KENA CERAI!!!
Perkembangan mutakhir hubungan baik UMNO dengan PAS mulai dirasai PKR apabila Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seolah-olah tidak senang hati mengenai perkara itu.

Dalam masa sama, Menteri Besar Selangor itu juga ibarat menyorong pipi apabila berharap semua kaum harus dilibatkan dalam usaha menyelamatkan negara, tidak hanya bangsa Melayu semata-mata.

“Kita mahu perpaduan semua rakyat Malaysia, soal perpaduan ini jangan diambil pertimbangan sesuatu kaum sahaja.

“Sekiranya Malaysia ingin maju kita mahu semua rakyat Malaysia bersatu-padu untuk menyelamatkan negara dan ekonomi itu pendirian yang harus diambil oleh semua pihak.

“Jangan ambil sosok kaum kerana ini tidak membantu pembangunan negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Agrofest 2015 peringkat negeri Selangor, semalam.

Apa tujuan Azmin dengan kenyataan tersebut?Adakah beliau tidak faham bahawa maksud kerjasama UMNO dengan PAS lebih kepada penyatuan Melayu dan Islam?

Sudah semestinya ia hanya membabitkan kaum Melayu tanpa membabitkan kaum lain.

Lagipun, kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu lagi menyemarakkan perpaduan antara kaum walaupun ada antara parti pembangkang cuba merosakkannya.

Jika betul Azmin sayangkan perpaduan antara kaum, beliau patut meminta sekutunya DAP berhenti memainkan isu perkauman dalam setiap agenda politik mereka.

Atau jika Azmin cemburu dan khuatir PAS akan ‘menceraikan’ parti itu di dalam hubungan Pakatan Rakyat di Selangor, beliau boleh membawa PKR duduk semeja dengan PAS dan UMNO bagi kepetingan orang Melayu dan Islam.

Beliau boleh memujuk pemimpin dan ahli parti bukan Melayu dalam PKR untuk membenarkan partinya semeja dengan PAS dan UMNO bagi tujuan perpaduan Melayu.

Andaipun dipersetujui, namun adakah DAP akan bertepuk tangan dan merelakan PKR menjalin hubungan bersama PAS dan UMNO sedangkan DAP amat membenci kedua-dua parti itu?

Jelas, bukan sahaja PKR tetapi DAP juga turut merasai goyang dengan kerjasama PAS dan UMNO ini.

Sebelum ini pun, pemimpin-pemimpin DAP sudah mengecam PAS apabila ahli-ahli Parlimen PAS tidak mengundi menolak Bajet 2016 yang diharapkan mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.