Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mayat Seorang Lelaki TERGANTUNG di Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuh Raya Persekutuan

CELAH GELEGAR
Mayat Seorang Lelaki TERGANTUNG di Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuh Raya Persekutuan
SHAH ALAM – Mayat seorang lelaki dijumpai tergantung di pintu gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuh Raya Persekutuan, Kuala Lumpur pada awal pagi, hari ini.
Memetik laporan The Star, mayat lelaki berkenaan ditemui tergantung di tepi tiang pintu gerbang oleh orang awam yang melalui lokasi sekitar jam 4.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman berkata, pihak polis terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jalan Pantai, untuk menurunkan mayat yang tergantung pada ketinggian 30 meter.
Beliau berkata, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Mangsa dikenali sebagai Asok Kumar Koyamboo dan pernah berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.