CELAH GELEGAR
Banyak laporan kumpulan Kristian cuba murtadkan umat Islam: Ketua Polis Negara
BANGI, Khamis – Banyak laporan diterima pihak polis mengenai cubaan kumpulan Kristian memurtadkan umat Islam dan perkara ini adalah sesuatu yang membimbangkan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya mempunyai laporan yang difailkan oleh individu-individu dan organisasi di seluruh negara.
“Saya tidak perlu memberitahu anda bagaimana sensitif isu ini. Undang-undang adalah jelas mengenai perkara ini dan kita mesti akur,” katanya dipetik portal liberal, Malaysiakini.
Khalid juga berkata ada laporan diterima bahawa pendakwah Kristian menyamar bagi memurtadkan umat Islam.
“Awak perlu faham, sesetengah pendakwah asing tidak mempunyai pemahaman undang-undang Malaysia dan mendekati semua orang, termasuk umat Islam.
“Terdapat juga penduduk tempatan yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti itu (memurtadkan umat Islam) tanpa mengambil kira undang-undang negara. Semua ini menyebabkan ketegangan di kalangan umat Islam,” katanya.
Sebelum ini Khalid mengulas penglibatan anggota polis sebagai penceramah di seminar ancaman Kristianisasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Lendu, Melaka pada Sabtu lepas.
Katanya, ia bukan satu kesalahan kerana penceramah tidak menggalakkan kebencian terhadap Kristian atau merendahkan martabat agama berkenaan tetapi sekadar mengingatkan peserta mengenai percubaan memurtadkan demi melindungi umat Islam.
“Saya pasti kumpulan-kumpulan agama lain juga mengadakan seminar yang serupa untuk mengukuhkan lagi kepercayaan penganut masing-masing,” katanya. -ismaweb
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.