Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak MASIH KUKUH dan akan KEKAL BERKUASA

CELAH GELEGAR
Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak MASIH KUKUH dan akan KEKAL BERKUASA

Dua akhbar mesra Umno, Berita Minggu milik Berita Harian dan Mingguan Malaysia milik Utusan Malaysia melaporkan kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kukuh berdasarkan sokongan yang diperolehnya pada perhimpunan agung parti baru-baru ini.
Kedua-dua akhbar itu memetik satu laporan sulit daripada firma penyelidikan antarabangsa Financial Times (FT).
"Dengan itu kita juga mengesahkan Najib akan kekal berkuasa dan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 iaitu pada 2018.
Mingguan Malaysia turut memetik laporan itu yang mengakui Najib ditentang kumpulan pro Muhyiddin di Kedah, Negeri Sembilan dan Johor.
"Meskipun Najib masih menghadapi tentangan dalaman di Kedah, Negeri Sembilan dan Johor yang ada kumpulan pro Muhyiddin, namun kumpulan anti Najib itu semakin lemah dan kehabisan pilihan," lapor akhbar itu.
Akhbar sama itu turut melaporkan yang kedudukan Najib tidak terjejas dengan asakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – 20 Disember, 2015. TMI

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.