CELAH GELEGAR
Belajar dari Ibrahim Ali, kata Zam kepada Hadi
Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Zainuddin Maidin menyarankan PAS agar mempelajari selok-belok politik darpada Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali.
Malah, beliau mencadangkan kerjasama politik yang diuar-uarkan antara PAS dengan Umno, juga merangkumi kumpulan pendesak Melayu itu.
“PAS juga harus belajar dari Ibrahim Ali yang lebih praktikal dalam politik demi untuk mencapai matlamat.
Adalah lebih baik jika kerjasama politik antara PAS-Umno ini merangkumi PERKASA. Ini akan membenamkan Malaysian Malaysia DAP yang mendapat dukungan kuat dari akhbar The Star,” katanya melalui tulisan di blog.
Menurut bekas menteri penerangan itu, MCA pasti tidak akan menghalang kerjasama PAS-Umno kerana masa depannya juga akan lebih terjamin jika berlaku kerjasama itu.
Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan ramalan Ibrahim bahawa kerjasama politik itu mustahil akan berlaku kerana perbezaan ideologi.
“Bukankah PAS boleh berkerjasama dengan DAP dan PKR sekalipun dari segi ideologi Islamnya jauh berbeza sebaliknya lebih banyak titik pertemuan dalam soal-soal dasar negara; agama, integriti dan identiti nasional antara PASs dan Umno.
“Sebenarnya Presiden PAS, (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang bukanlah lagi ‘hardcore’ Islam,” katanya.
Menurutnya, pendirian ideologi Hadi telah pun dicemarkan sejak bersekongkong dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP untuk menjatuhkan kerajaan BN yang dianggap menjijikan.
“Kekuatan PAS sejak dari sebelum merdeka adalah diatas imej militan, ketaksuban fahaman dan rhetorik kefanatikan yang membakar semangat dan tidak sesoai dengan masyarakat majmuk Malaysia. Maka itu kita saksikan perbuatan mockery amat jelas sejak penyelewengannya.
“Yang dahsyat sekali sumpah Bai'ah yang menghukum penyeleweng-penyeleweng sebagai melakukan zina tetapi telah menjadi keharusan dan didiamkan kerana kepentingan politik.
"Apabila agama menjadi ideologi politik maka inilah akibatnya. Dosa boleh diampunkan atas hukuman politik,” katanya lagi. -MK
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.