Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(SEBELUM PAS-UMNO BERSATU) Najib perlu bercuti untuk pulihkan imej Islam

CELAH GELEGAR
(SEBELUM PAS-UMNO BERSATU) Najib perlu bercuti untuk pulihkan imej Islam
PETALING JAYA: Di tengah perdebatan kerjasama antara Parti Islam Se-Malaysia dan UMNO, Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Datuk Seri Najib Tun Razak supaya bercuti sementara siasatan keatas 1MDB berjalan, sebagai langkah pertama memperbaiki nama Islam.

Permintaan itu salah satu dari enam cadangan PAS sebagai respon kepada kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Hishamuddin Hussein, yang menggesa PAS supaya melangkaui politik dalam usaha mewujudkan kerjasama dan memastikan umat Islam dapat dihormati.

“Ini penting untuk memulihkan nama baik Presiden Umno, (negara) Malaysia dan juga Islam kerana siasatan (oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Ketua Audit Negara) perlu akan kelihatan adil sebelum keadilan dapat dilakukan,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan yang diterima FMT.

Menegaskan saranannya, Tuan Ibrahim mengingatkan UMNO bahawa memperbaiki imej Islam melangkaui gaya pakaian atau negara, tetapi menuntut penghayatan ajaran Islam dalam pelbagai bidang.

Maka, PAS juga mahu UMNO supaya menghapuskan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam, lantaran “fakir miskin turut dipaksa membayar cukai”.

Seterusnya, mengurangkan pembaziran dan salahguna dana kerajaan dengan mengambil tindakan tegas berdasarkan laporan audit terbaru.

“Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan hidup berjimat kementerian seperti yang terpaksa dilakukan rakyat dalam menghadapi kemelut
kejatuhan harga minyak dan juga kenaikan kos hidup yang semakin meruncing,” tambah Tuan Ibrahim.

PAS juga mahu siasatan keatas Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) diilaksanakan secara telus, terbuka dan mereka yang didapati menyeleweng dana yayasan yang menguruskan anak yatim itu dibawa ke muka pengadilan.

“Berhenti menganiaya Kelantan dan memulangkan royalti minyak dengan kadar segera,” kata Tuan Ibrahim mengakhiri cadangan PAS itu.

Tuan Ibrahim berkata cadangan-cadangan itu sebenarnya boleh UMNO lakukan tanpa penglibatan Pas, dan sekiranya ia diusahakan maka parti Melayu itu menunjukkan kesungguhan untuk mendaulatkan Islam.

Di pihak PAS pula, Tuan Ibrahim secara kripta berkata partinya akan meneruskan perjuangan menerapkan Islam dalam pentadbiran negara dan kehidupan tanpa memberi sebarang jaminan kerjasama kepada UMNO.

Sebelum ini di Multaqa Alumni Al-Azhar, Najib secara terbuka mengajak Presiden PAS Abdul Hadi Awang ‘menyatukan kabilah’ mereka demi Islam. -FMT

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.