Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(HADIAH TAHUN BARU) Tambang sehala ERL naik kepada RM55 mulai 1 Januari 2016

CELAH GELEGAR
(HADIAH TAHUN BARU) Tambang sehala ERL naik kepada RM55 mulai 1 Januari 2016

PETALING JAYA: Express Rail Lin Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016 selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD).

Kadar tambah baharu itu melibatkan perjalanan sehala dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2 kepada RM55 berbanding RM35 ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor berkata, kadar baharu itu lebih rendah jika mengikut perjanjian konsesi iaitu kenaikan kepada RM64 bagi perjalanan sehala.
Katanya, ERL memahami kesukaran rakyat yang berdepan kos sara hidup yang tinggi.

Sehubungan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan rakan korporat untuk membantu meringankan beban pengguna susulan kenaikan itu.

“Kami akan terus mencari jalan untuk mengurangkan kesan kenaikan ini tanpa berkompromi dengan mutu perkhidmatan dan piawaian keselamatan, ” katanya menerusi kenyataan media.

Noormah berkata, antara usaha itu ialah mengadakan kerjasama dengan MasterCard untuk menawarkan potongan harga yang menarik.

Sebagai contoh, katanya, penumpang yang menggunakan MasterCard hanya perlu membayar RM40 iaitu RM5 lebih mahal daripada harga lama RM35.

Katanya, potongan harga sehingga 20% bagi pengguna sesetengah kad kredit juga akan disediakan dan ERL sedang berbincang dengan bank-bank terlibat.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.