Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JK Penaja Pas-Umno mungkin mesyuarat 30 Disember ini

CELAH GELEGAR
JK Penaja Pas-Umno mungkin mesyuarat 30 Disember ini
SHAH ALAM - Mesyuarat Jawatankuasa Penaja untuk mengadakan pertemuan berkala antara Pas-Umno mungkin akan diadakan pada 30 Disember ini.
Menurut jurucakap jawatankuasa itu yang juga merupakan Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WAAGM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul berkata, antara yang akan dibincangkan adalah perjalanan jawatankuasa itu terhadap hubungan antara Pas-Umno.
"Kita akan bincang skop dan perjalanan aktiviti kita nanti, kita akan letakkan syatu batu asas yang kuat bagi mengharmonikan hubungan Pas-Umno," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Katanya, ahli jawatankuasa itu akan terdiri daripada ahli akademik dan profesional dan tidak melibatkan ahli parti politik sama ada daripada Pas mahupun Umno.
"Kita sudah senaraikan mungkin dalam 30 ahli, asas pemilihan ialah mereka yang boleh diterima oleh Pas dan Umno," katanya.
Jawatankuasa penaja Pas-Umno dibentuk selepas Alumni Al-Azhar , (hasil daripada persidangan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015) bersetuju mewujudkan sebuah jawatankuasa yang akan menjadi pihak ketiga menyediakan platform penyatuan pemimpin Umno dan Pas dalam satu pentas yang sama.
Persetujuan  itu dinyatakan oleh Mohd Fakhrudin selepas bersetuju dengan cadangan yang dilontarkan oleh Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaaffar yang menjadi moderator forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi bersempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.