Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAK DATIN NI TAK PUAS DIKECAM!!!

SEMUT HITAM
MAK DATIN NI TAK PUAS DIKECAM!!!
Percintaan dan perkahwinan setiap pasangan sudah tertulis di Luh Mahfuz. Ia hadir menyatukan yang terpisah, meresap ke akar jiwa, berbunga mekar dan digubah membentuk keluarga. Begitulah takdir yang dilalui pelakon jelita, Maria Farida.

Masa belum kahwin hari tu, macam - macam benda jugak yang orang cerita pasal dia. Dah kahwin pun, masih ada jugak orang yang berbunyi mempertikaikan perkahwinan dia baru - baru ni.

Setelah menjanda lebih dari 10 tahun, pelakon berusia 45 tahun ni akhirnya berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Rahman pada 26 November lalu.

Ironinya, kebahagiaan yang diraih menjadikan dirinya sasaran kecaman tak kurang juga menjadi mainan kata-kata bersifat hinaan apabila berkahwin dengan bekas suami kepada kawan baiknya. Biar seteguh manapun dia bertahan, Maria akui goyah.
“Saya sedih sebab rata-rata orang Melayu yang komen. Sepatutnya orang Melayu kita lebih beradab ketika bercakap. Tidak tahu perkara sebenar yang terjadi tetapi main teka dan tulis. Hakikatnya, sudah jodoh saya dengan dia nak buat macam mana. Kenapa mahu pertikaikan lagi,” luahnya dengan nada kesal.
Mengulas lebih lanjut mengenai kenapa dia mengambil pendekatan mengadakan perkahwinan secara tertutup, kata Maria, itu semua kehendak suaminya yang menginginkan sedikit privasi.
“Kami hanya menjemput seramai 50 orang yang terdiri daripada famili dan kawan-kawan terdekat.“Lagipun ini perkahwinan kedua saya. Jadi, untuk apa ia dibuat secara besar-besaran,” kongsi Maria lagi sambil ditemani anak lelakinya hasil perkahwinan terdahulu iaitu Mizan Ashley, 18, bersama dengan anak tirinya, Ayshea pada hari itu.
Mudah ceritanya, orang Melayu ni memang suka kritik benda yang tak sepatutnya. Kadang cerita pasal "Kangkung" pun boleh jadi heboh satu dunia. Tapi cerita pasal pembaziran sebanyak RM 9.7 juta nak hias semula pintu gerbang, takde orang peduli pun!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.