Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(SEBELUM MAD MASLAN SURUH KAMI DAH BUAT) Kisah Penjawat Awam En. Jafni buat #2Kerja : Korban Masa untuk Keluarga

CELAH GELEGAR
(SEBELUM MAD MASLAN SURUH KAMI DAH BUAT) Kisah Penjawat Awam En. Jafni buat #2Kerja : Korban Masa untuk Keluarga

SETIAP pagi, Muhammad Jafni Jaafar dan isteri akan bersiap untuk ke tempat kerja selesai mengerjakan solat Subuh.

Sekitar jam 7 pagi, mereka akan bertolak dari kediaman mereka di Taman Muda, dekat jalan Klang Lama mereka menuju ke tempat kerja masing-masing. Isterinya akan berkereta ke Menara Telekom Malaysia (TM), Bangsar sementara Jafni akan menunggang motor jenis Yamaha Nouvo LC 150cc ke Cheras.

Sebelum itu, Jafni akan ke rumah orang tuanya di Kampung Pandan Dalam untuk mengambil dan menghantar ibunya yang bekerja sebagai pembantu am ke pejabat berdekatan, sekiranya adik-adiknya yang lain sibuk dan tidak berkesempatan.

Jafni bekerja sebagai kerani di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang bertempat di Masjid Al-Imam Asy-Shafie, Taman Maluri.

Ada kalanya dia akan membuat kerja-kerja 'peon', iaitu menghantar surat-surat jemputan majlis anjuran JAWI kepada tetamu undangan. Baru tiga tahun dia ditempatkan di situ. Sebelum ini, dia bertugas di ibu pejabat JAWI di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur sejak 2008.

Seperti semua penjawat awam, kerjanya bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 5.30 petang. Bagaimanapun, harinya tidak berkesudahan seperti kebanyakan penjawat awam lain. Habis sahaja kerja di JAWI, dia akan bersiap untuk kerja keduanya di Tesco Extra Ampang.

Dari jam 6 petang hingga 10 malam, dia bertugas di bawah unit keselamatan pasar raya itu. Sekitar 10.30 barulah dia kembali ke rumahnya.

Demi keluarga

"Nak buat macam mana, demi keselesaan keluarga. Kalau nak bergantung kepada gaji sedia ada, memang tak cukup. Barang semua mendadak naik harga," kata lelaki berusia 31 tahun itu.

Kediaman Jafni di Taman Muda itu tidaklah besar. Seunit kediaman di apartmen kos sederhana itu hanya ada dua bilik dengan bayaran sewa bulanan sekitar RM700, cukup sebagai teduhan keluarga kecil itu. Mereka berdua mula menyewa di situ sejak mendirikan rumah tangga pada Mac.

Pendapatan isi rumahnya pula sekitar RM5,000 sebulan. Selain sewa rumah, pelbagai komitmen lain perlu dilunaskan seperti ansuran kereta, serta bayaran pinjaman bank yang pernah dibuat sebelum ini untuk menjalankan perniagaan.

"Jadi kakitangan kerajaan ni antara keuntungannya adalah mudah nak buat pinjaman, jadi saya pun buatlah untuk jalankan satu perniagaan beberapa tahun lepas. Malangnya tidak menjadi, tapi pinjaman tetap perlu dibayar sampai hari ini.

"Tambahan pula isteri bakal melahirkan cahaya mata pertama kami awal Februari tahun depan. Sedangkan yang sedia ada sebelum ada anak ini pun cukup-cukup makan, bila fikir nak ada anak saya kena kerja lebih sikitlah.

"Kos penjagaan anak sahaja bukan murah sekarang ni, yuran pengasuh sahaja lebih RM300. Masuk lampin dan susu, sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan," jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.