Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MENATE, KimK HIASI KONTROVERSI 2015!!!

SEMUT HITAM
MENATE, KimK HIASI KONTROVERSI 2015!!!
Mungkin ini yang orang dulu - dulu kata, "Cerdik Tak Boleh Diajar, Bodoh Tak Boleh Ditegur". Penyudahnya, diri sendiri jugak yang malu dek kerana terlalu nak tunjuk pandai depan orang lain.

'MENATE' - Nama pengacara dan pelakon Azwan Ali menjadi antara topik hangat yang diperkatakan gara-gara beberapa kontroversi yang berlaku secara berturut ke atasnya melibatkan media sosial, Twitter.

Ia bermula dengan komen salah faham seorang peminat mengenai nama sebuah restoran stik, 'Menate' dan Azwan menyangka peminat tersebut melemparkan perkataan yang tidak elok kepadanya.  

Tidak berakhir di situ, Azwan yang pulang dari menunaikan umrah meluahkan rasa tidak puas hati apabila pelawak, Nabil tidak menegurnya ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ianya diikuti pula dengan status yang dimuat-naik oleh Azwan mengenai mangsa kemalangan jalan raya yang dikatakan telah menyinggung perasaan keluarga mereka yang terlibat.

Dek kerana wujudnya beberapa siri kontroversi yang berturut - turut membuatkan pengguna di laman media sosial mewujudkan satu kempen bagi mendesak akaun media sosialnya ditutup.

Bagaimanapun baru-baru ini, Azwan dilihat sekali lagi mengamuk Instagram apabila ada peminat mempertikaikan pelekat rendang yang diberikan oleh Aznil Nawawi, sehingga Azwan bertindak membuat pelekat tersebut di dalam tong sampah.

'KimK' - Dek kerana salah faham dengan komen peminatnya di Instagram, Fazura menjadi kritikan pengguna media sosial sehingga menjadi topik perbualan utama di laman sosial Twitter.

Komen yang ditinggalkan itu terpapar ayat “Mcm kimK yang depan itu”. Namun ianya telah disalah erti oleh Fazura sebagai bahasa kesat sedangkan KimK tu merujuk kepada nama singkatan Kim Kardashian.

Hanya kerana tersalah sangka, pelakon yang berusia 32 tahun itu telah memuat naik semula gambar komen peminatnya itu sambil mengutuk tindakan wanita tersebut dengan hashtag #SayaBenciHipokrit.

Bagaimanapun Fazura enggan memohon maaf dan menyifatkan ia bukan kejadian pertama kali yang berlaku serta sudah lama bersabar dengan perkara sedemikian. Padahal, dia sendiri yang 'Songeh' sebab tak kenal siapa KimK tu. Hahaha!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.