Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MENITIS LAGI "AIR MATA BUAYA" NURUL NUHA!!!

SEMUT HITAM
MENITIS LAGI "AIR MATA BUAYA" NURUL NUHA!!!
Kalau perbuatan LIWAT didefinasikan sebagai perlaksanaan Hak Asasi Manusia, maka adakah tindakan yang dilakukan oleh Bekas Selebriti Chef Singapura ini juga menjadi mangsa?

Jika sebelum ini, keluarga Si Ketua Penipu tu mendakwa, pertuduhan LIWAT yang dibuat terhadap Si Ketua Penipu tu adalah salah satu konspirasi Politik untuk menjatuhkan imejnya.

Maka, adakah pertuduhan LIWAT terhadap Bekas Selebriti Chef ini juga satu bentuk konspirasi Politik yang sengaja dibangkitkan untuk menjatuhkan imej dia dikalangan rakyat?

Sekiranya hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap Si Ketua Penipu oleh pihak mahkamah sebelum ini membuatkan dia menjadi 'Tahanan Politik', adakah Bekas Selebiriti Chef ini juga begitu?

Patut keluarga Si Ketua Penipu tu perlu jaja juga 'Air Mata Buaya' mereka untuk membebaskan Bekas Selebriti Chef ni dari pertuduhan agar tidak menjadi 'Mangsa Tahanan Politik'.

Mungkin diorang boleh desak PBB agar masuk campur atau meminta bantuan dari ahli keluarga Pengganas yang pernah menceroboh Lahad Datu untuk membuat desakan. Baru la adil. Kalau setakat nak jaja cerita pasal Si Ketua Penipu tu je, baik tak payah!!!
JOHOR BAHARU: Bekas chef selebriti Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Selasa atas dua pertuduhan iaitu persetubuhan di luar tabii dan membuat ugutan pada 10 Dis lalu.

Muhammad Mustaqim Juri, 38, didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa berusia 22 tahun di sebuah tempat letak kereta di Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi.

Dia juga didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan secara jenayah terhadap ibu mangsa berumur 47 tahun, di rumah mangsa pada hari yang sama di Taman Cempaka Tampoi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.


Dia juga didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.