Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(MUNGKIN NAJIB TAK TAHU)(KOS ANAK SEKOLAH) RM850 diperlukan setiap anak

CELAH GELEGAR
(MUNGKIN NAJIB TAK TAHU)(KOS ANAK SEKOLAH) RM850 diperlukan setiap anak

Berapakah jumlah wang yang diperlukan sebagai persediaan musim persekolahan baharu? Jawapannya ialah RM850++ untuk murid sekolah rendah.
 
China Press menganggarkan ibu bapa perlu membelanjakan RM400 untuk membeli kelengkapan sekolah sahaja yang terdiri daripada pakaian seragam, alat tulis dan beg sekolah.
 
Jika ditambahkan dengan kos pengangkutan, kelas tuisyen di sekolah dan bayaran-bayaran sampingan yang lain, maka jumlahnya pasti mencecah RM800.
 
Bagi ibu bapa yang mementingkan kualiti peralatan sekolah, sila sediakan sekurang-kurangnya RM900 untuk anak yang belajar di sekolah rendah. 
Kos untuk anak di sekolah menengah pula pastinya lebih tinggi lagi. 
 
Kesimpulan yang dibuat akhbar itu ialah ibu bapa yang mempunyai dua anak yang sedang bersekolah perlu menyediakan RM2,000 untuk musim persekolahan baharu.
 
Berikut merupakan anggaran perbelanjaan untuk murid lelaki sekolah rendah.
 
Baju sekolah lengan pendek X2 = RM49.80
Tali pinggang = RM12.90
Seluar sekolah (pendek) X2 = RM57.80
Stoking RM4.90 X2 = RM9.80
Kasut sekolah = RM29.90
Botol air = RM23.90
Beg sekolah = RM69.90
Pemutih kasut = RM4.90
Alat tulis yang asas = RM35
Kotak pen = RM8.90
Baju sukan X2 = RM37.80
Seluar sukan X2= RM44.00
Yuran tuisyen sekolah = RM160
Pelbagai yuran dan bayaran = RM100
Buku dan buku latihan = RM100
Kos pengangkutan =RM130
 
JUMLAH = RM874.60

http://malaysiagazette.com/

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.