Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PKR ENGGAN TERLIBAT DALAM HUBUNGAN SONGSANG AZMIN!!!

SEMUT HITAM
PKR ENGGAN TERLIBAT DALAM HUBUNGAN SONGSANG AZMIN!!!
Heh! Tak heran bila ada pemimpin PKR yang keluarkan kenyataan bertentangan dengan Si Azmin ni. Apa yang dia buat sejak kebelakangan ni pun selalu membelakangi pendirian parti.

Jadi tak pelik la kalau kali ini pun ada pemimpin dikalangan puak - puak PKR tu yang enggan diheret dalam hubungan songsang yang terjalin diantara Si Azmin tu dengan Tun Dr. Mahathir.

Sebab hakikatnya, bagi puak - puak PKR, Tun Mahathir adalah musuh hakiki mereka. Kerana Tun adalah orang yang bertanggungjawab menjatuhkan maruah Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Bagi mereka, jika bukan kerana tindakan Tun yang disifatkan sebagai 'Maha Zalim' sebelum ini, Si Ketua Penipu tu dan tentu jadi Perdana Menteri Malaysia dan memberi keuntungan kepada mereka.

Dan bagi mereka, Tun Mahathir tu jugak la yang menjadi punca kepada kegagalan Kerajaan mentadbir dengan baik pada hari ini sehingga menyebabkan rakyat hidup melarat dibumi mereka sendiri.

Jadi tak heran la jika Si Xavier Jayakumar ni kata, pengakuan terbuka yang dibuat oleh Si Azmin Ali tu sebelum ini hanya bersifat peribadi serta tidak tidak mencerminkan pendirian parti.
"Melalui parti (PKR) kita tidak ada hubungan dengan Tun Mahathir, ini hanya hubungan (Datuk Seri) Azmin Ali dengan Tun Mahathir adalah dari segi peribadi (sahaja). Itu (hubungan istimewa) hubungan peribadi dia (Azmin Ali)", katanya ketika dihubungi Antarapos.
Azmin sebelum ini secara terang-terangan mengaku dia ada hubungan istimewa dengan Tun Mahathir ketika menberikan ucapan sempena majlis perkahwinan anak perempuannya 13 Disember lalu.

Susulan pengakuan itu, penyokong PKR dilaporkan tidak senang duduk kerana menyifatkan kenyataan itu mengguris hati mereka ekoran tindakan zalim ke atas Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Tun Mahathir juga dituduh sebagai dalang disebalik usaha menjatuhkan karier politik Anwar hingga menyaksikan bekas ketua pembangkang itu di penjarakan buat kali pertama pada 1999.
    
Sebagai penyokong tegar, kenyataan Si Azmin itu dianggap sebagai satu tamparan hebat tatkala Si Ketua Penipu tu sekali lagi menjalani hukuman penjara kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya.

Kesimpulan mudahnya, yang penting bagi PKR bukan hubungan diantara Si Azmin tu dengan Tun Mahathir. Tetapi sebaliknya mereka lebih mengutamakan kepentingan Politik Peribadi Si Ketua Penipu tu je semata - mata. Bukannya diorang nak menjaga kebajikan rakyat!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.