CELAH GELEGAR
Rakan Pakatan SAHKAN DAP mahu halau masyarakat Melayu dari Pulau Pinang
KUALA LUMPUR, Sabtu – Tindakan parti cauvinis dan rasis, DAP meluluskan banyak pembangunan perumahan mewah terutama di kawasan perkampungan warisan adalah untuk mengusir masyarakat Melayu dari Pulau Pinang.
Mengulas perkara itu, Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata tindakan kerajaan DAP itu seolah-olah mahu menghalau komuniti sedia ada secara terhormat dengan membina rumah ‘mampu gigit jari’ bernilai tinggi yang bermula dari harga RM400,000 hingga melebihi RM1 juta.
“Ada semacam satu agenda, bahawa pembangunan yang sangat pesat ini, semacam satu teknik pengusiran kepada masyarakat Melayu Islam yang masih ada saki baki.
“Kalau tengok, kepada perumahan-perumahan baru, yang besar ni, agak sukarlah bagi orang Melayu nak beli.
“Jika ia tidak dibendung, usaha perencanaan yang dibuat ini akan menghakis orang Islam dan Kampung Melayu daripada pulau, hanya seakan menyambung tindakan (Kerajaan BN dahulu) oleh kerajaan (DAP) sekarang,” katanya dalam satu kenyataan dalam web rasmi parti itu.
Melahirkan kebimbangannya beliau mempersoalkan tindakan kerajaan negeri membangunkan perumahan mewah di negeri itu.
“Apa matlamat membuat pembangunan rumah-rumah mewah begitu? Seolah-olah macam nak menghalau komuniti yang sedia ada secara berhormat.
“Bila tidak mampu, pergi dari pulau ke sebelah seberang. Penghijrahan berlaku. Macam ada agenda, pembangunan ini supaya undi orang Melayu di situ pun berpecah. Ini agenda-agenda yang kita nampak,” katanya.
Jelas beliau, perkara yang sama juga berlaku kepada para penjaja yang majoritinya Melayu Islam apabila dikenakan tindakan-tindakan roboh dari pihak penguatkuasa Majlis Perpandaran.
“Hairannya, ia tidak berlaku kepada kawasan penjaja majoriti bukan Melayu.
“Apabila perkara tersebut diutarakan, pihak DAP pantas menuduh hal tersebut sebagai rasis, walhal tindakan pentadbiran DAP itu sebenarnya lebih dilihat bermotif perkauman,” katanya lagi.
Minggu lalu dilaporkan sebuah lagi perkampungan Melayu di Pulau Pinang iaitu Kampung Selut, Sungai Pinang bakal lenyap selepas penduduk di situ dimaklumkan kawasan berkenaan akan dibangunkan semula oleh pemaju.
Kampung berkenaan yang terletak berhampiran bandaraya George Town di sini wujud sejak 1960-an dan menempatkan kira-kira 5,000 penduduk.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.