SEMUT HITAM
SEJAK DAPAT GELARAN, AZMIN SEMAKIN BISU!!!
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sekali lagi diingatkan agar tidak terus menyepi untuk memberikan penjelasan lebih lanjut terhadap beberapa isu di negeri yang sarat dengan kontroversi sebelum ini.
Diantara yang menjadi bualan hangat ialah mengenai Darul Ehsan Investment Group (DEIG), dana penstrukturan air di negeri berkenaan serta kos naik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan.
Selaku Menteri Besar, Si Azmin tu perlu memberikan penjelasan terhadap perkara yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak termasuk bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim dalam soal dana penstrukturan air.
Menurut YB Halimaton, sampai bila soal berkenaan akan terus berlalu begitu sahaja dan jika ada sekalipun sebelum ini ianya adalah tidak menyeluruh dan masih lagi memerlukan penerangan serta penjelasan lanjut mengenai soal yang dibangkitkan itu.
“Jika bukan Menteri Besar yang perlu memberikan penjelasan apakah tidak ada pihak-pihak lain yang ada hubungkait dengan soal-soal yang dibangkitkan itu untuk tampil ke depan memberikan penjelasan sewajarnya? "Secara keseluruhannya, Azmin dan kerajaan pakatan Selangor hanya pandai bercakap, berjanji sahaja," tambah beliau.Maka, YB Halimaton sekali lagi mengingatkan Azmin agar tidak terus mengunci mulut dalam pelbagai isu kontroversi dengan mengharapkan rakyat akan lupa kerana isu berkenaan membabitkan bukan sahaja jutaan malah ribuan juta wang rakyat Selangor.
Selain dari itu, ramai yang berpendapat pelbagai pertanyaan yang dibangkitkan berhubung kontroversi sebelum ini adalah semata-mata untuk mengetahui secara nyata dan bukannya mahu mengaibkan sesiapa.
Kerana kita sedia maklum bahawa kerajaan Pakatan Selangor semasa kempen PRU ke-13 dengan bongkak dan menabik dada bahawa merekalah yang terbaik. Tapi, kini, apa sudah jadi.
"Tindakan mengunci mulut atau penjelasan secara acuh tak acuh hanya membuatkan kita merasakan kerajaan Selangor cuba menyembunyikan tindakan jahat," kata YB Halimaton lagi. Dan akhir sekali ialah mengenai wawasan dan janji - janji kerajaan Pakatan Selangor untuk mengurangkan kadar 'kemiskinan' rakyat Selangor. Apa kesudahannya? Adakah ianya dibiarkan begitu sahaja? - olahan asal dari blog IBM
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.