Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[VIDEO PEMUDA MENGAMUK DI JPJ ISU KERETA KLON] dan Kes Doktor tak sedar miliki kereta klon

CELAH GELEGAR
[VIDEO PEMUDA MENGAMUK DI JPJ ISU KERETA KLON] dan Kes Doktor tak sedar miliki kereta klon

GURUN - Seorang doktor gigi tidak menyangka kereta yang dibelinya dengan bayaran pendahuluan RM10,000 merupakan kereta klon sehingga kereta tersebut ditahan dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah hari ini. 

Doktor lelaki berusia kira-kira 30-an itu yang sedang bergegas balik ke Kuala Lumpur dari Alor Setar bersama seorang lagi rakan kerana panggilan tugas, ditahan di kawasan Rehat dan Rawat Gurun kira-kira 11 pagi tadi. 

Beliau memberitahu JPJ, kereta Toyota Wish itu dibelinya secara dalam talian.

Pengarah JPJ Kedah, Amir Onn Mustapha berkata, nombor casis kereta itu didapati tidak didaftar dan reka bentuk lampu serta cukai jalannya agak berbeza.

"Kereta itu akan disita dan kita akan dapatkan kebenaran mahkamah untuk lucut hak dan akan dilelong," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata dalam operasi itu 60 saman dikeluarkan meliputi pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, menggunakan cermin gelap, nombor pendaftaran dan lampu tidak mematuhi spesifikasi. - Bernama 

Mengamuk di pejabat JPJ


Manakala kisah yang lain pula, seorang lelaki mengamuk di pejabat JPJ kerana kes kereta klon.

Berdasarkan video di bawah, beliau dikatakan tidak dapat memperbaharui cukai jalan kereta kerana didapati telah diklon oleh seseorang.

Beliau mempersoalkan bagaimana kes klon boleh berlaku sedangkan sistem pendaftaran di bawah kawalan JPJ.


(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, 'script', 'facebook-jssdk'));
Oh! JPJ oh JPJ. Tolong Amanah Sikit!
Tu dia.. Terbaek bro kerana berani bersuara. Macam mana pihak berkuasa buat kerja ni??!!
Posted by Oh! Media on Monday, December 28, 2015

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.