Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

STAR WARS: DARTH VADER SESAT DI JB!!!

SEMUT HITAM
STAR WARS: DARTH VADER SESAT DI JB!!!
Nampak gayanya, kegilaan orang terhadap filem Star Wars ni memang pelbagai. Hidup dalam watak filem kegemaran Star Wars merupakan impian di zaman kanak - kanak bagi kebanyakan orang.

Tetapi bagi seorang penduduk Johor Bahru, Kimberly Lee Tan, impiannya menjadi kenyataan apabila menjadi sebahagian daripada watak dari filem terbaru Star Wars: The Force Awakens dengan kostum Darth Vader yang ditempah khas.
“Saya menempah kostum Darth Vader untuk filem Star Wars baru ‘The Force Awakens’ kerana saya merupakan peminat filem itu sejak dari tahun 1977 dan boleh dikatakan saya membesar dengan menonton filem itu.
“Walaupun Darth Vader dikaitkan dengan sisi gelap yang jahat, saya sentiasa meminati watak Sith Lord sejak kecil.“Pada mulanya, saya mempunyai pakaian Darth Vader ditempah dari Amerika Syarikat dan dihantar melalui kurier ke Malaysia minggu lalu yang berharga kira-kira RM2,000,” katanya, sambil menambah bahawa pakaian yang popular diterima lengkap dengan pedang cahaya dan ‘cape’.
Tutor kecergasan berusia 46 tahun dari Filipina itu berkata, ianya adalah untuk keseronokan di dalam filem itu semata-mata bagi menghargai watak filem kegemarannya sejak dari kanak-kanak lagi.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.