Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[TAMPARAN BUAT MB PAHANG] Bauksit: T’ganu tidak benar guna Pelabuhan Kemaman

CELAH GELEGAR
[TAMPARAN BUAT MB PAHANG] Bauksit: T’ganu tidak benar guna Pelabuhan Kemaman
PETALING JAYA: Kerajaan Terenganu tidak membenarkan pengusaha bauksit menggunakan Pelabuhan Kemaman untuk mengeskport bahan galian itu ke luar negara.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beliau telah meminta Konsortium Perkapalan Kemaman untuk mengkaji langkah-langkah perlu bagi tujuan itu.
Beliau turut mengarahkan kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) membuat bantahan kepada kerajaan negeri Pahang untuk menarik balik arahan yang diberikan kepada lori-lori bauksit supaya menggunakan jalan raya di Felda Neram dan kawasan sekitarnya.
Katanya, arahan itu bagi mengelak jalan di kawasan itu rosak dan pencemaran kepada penduduk setempat.
Sementara itu, isu perlombongan bauksit yang berlaku Pahang dan kawasan sempadan Terengganu akan diselesaikan dalam masa tiga bulan mulai Disember 2015 hingga Februari 2016.
Beliau berkata, mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mewujudkan satu jawatankuasa bertindak yang mengkaji isu bauksit ini.
”Kerajaan Pusat telah buat penangguhan kepada pengusaha bauksit di Pahang selama tiga bulan (operasi).
“Dalam masa tiga bulan bermula bulan 12 (2015) yang diberi jaminan apabila selesai 3 bulan, operasi bauksit akan dihentikan’ dan tidak akan dilaksanakan sehingga dikaji semula,” katanya ketika melawat Felda Neram 1 pada Ahad, lapor Terengganu Times. -FMT

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.