Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[#2KERJA] Respon Mufti Perlis, Dr.Maza : Jika akal bijak tidak diperlukan untuk jadi Menteri, kenapa beri gaji dan pelbagai peruntukan yang istemewa

CELAH GELEGAR
[#2KERJA] Respon Mufti Perlis, Dr.Maza : Jika akal bijak tidak diperlukan untuk jadi Menteri, kenapa beri gaji dan pelbagai peruntukan yang istemewa


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. Maza) telah memberi komen pedas berkaitan cadangan agar rakyat melakukan dua kerja bagi meringankan beban kos sara hidup.

Beliau menyatakan bahawa seseorang Menteri sepatutnya mencari penyelesaian untuk rakyat dan bukannya membuat cadangan yang membebankan rakyat.

Walaupun Dr. Maza tidak menyatakan respon beliau itu ditujukan kepada Timbalan Menteri MITI, Datuk Ahmad Maslan berkenaan cadangan agar rakyat membuat dua kerja, tetapi kenyataan itu jelas berkaitan isu tersebut.
Astro Awani semalam melaporkan bahawa melakukan dua kerja bagi menampang kos hidup yang makin meningkat digalakkan kerajaan dan bukan alaman luar biasa, seperti di negara-negara lain.
"Saya rasa ia (dua pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga. Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup. Online business boleh buat weekend juga.
"Kerajaan telah melancarkan dua perkara; e-usahawan dan e-rezeki... boleh lihat portal... ia (dua pekerjaan) selaras dengan apa yang dibuat oleh peringkat kerajaan," Ahmad Maslan dipetik sebagai berkata ketika ditemui di Majlis Sesi Ramah Bersama Usahawan Johor di Johor Bahru.
Hari ini, Ahmad Maslan menulis di Twitter menyatakan, beliau sendiri melakukan tiga pekerjaan dalam kerajaan dan partinya Umno.
“Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja.
“Berusaha gigih cari rezeki yang halal,” kata timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu.
Kenyataan Ahmad Maslan telah menimbulkan reaksi negatif daripada netizen yang rata-rata tidak sependapat dengan beliau.
Seterusnya, Dr. Maza di dalam facebook beliau menulis "seorang Menteri juga perlu sangat WARAS, Bijak lagi Tangkas menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara."
"Jika akal yang bijak dan tangkas tidak diperlukan untuk menjadi seroang Menteri, maka apakah kelebihan jawatan itu sehingga diberikan gaji dan pelbagai peruntukan yang istemewa untuknya"

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.