Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERDESAK PUNYA PASAL, ORANG LAIN JADI MANGSA!!!

SEMUT HITAM
TERDESAK PUNYA PASAL, ORANG LAIN JADI MANGSA!!!
Tidak dapat dinafikan, dek kerana terlalu terdesak nak memburukkan Kerajaan dengan isu kenaikkan kos sara hidup, ada pihak yang sengaja buat cerita dan menabur fitnah yang bukan - bukan.

Kalau sebelum ini, isu berkaitan dengan kenaikkan tambang ERL dan juga tol yang tak masuk akal menjadi bahan jajaan Politik Longkang puak - puak Haramjadah tu didalam laman media sosial.

Walhal, yang menaikkan tambang ERL dan juga tol tu dibuat oleh syarikat konsesi yang jelas tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka untuk menjaga kepentingan rakyat.

Dan sebelum ini kita telah mencadangkan agar Kerajaan batalkan konsesi dengan syarikat yang berkenaan dan ganti dengan syarikat lain. Tapi ianya berlainan dengan kes 'Touch n Go' ni.

Realitinya, syarikat yang mengendalikan 'Touch n Go' tidak bercadang lansung nak mengenakan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang didakwa didalam media sosial.

Sebaliknya, khabar angin itu telah dinafikan oleh syarikat terbabit dalam status yang turut dikongsi dalam laman Facebook milik mereka bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu yang dibangkitkan.
SHAH ALAM - Tiada sebarang cas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikenakan terhadap sebarang tambah nilai bermula 1 Januari 2016 ini seperti yang disebarkan sesetengah pihak di laman sosial.

Menerusi laman Facebook Touch n Go Malaysia, cas tambahan GST sebanyak RM0.50 hanya dikenakan kepada pengguna apabila menambah nilai menggunakan agen yang mengambil bahagian.

Antara agen yang mengambil bahagian dalam transaksi Touch 'n Go adalah pekedai runcit, stesen minyak dan bank yang membenarkan tambah nilai menerusi mesin ATM atau CDM mereka.


Tiada sebarang cas tambahan sekiranya pengguna menambah nilai di Touch 'n Go Hub, Touch n Go SPOT, lorong Touch 'n Go di tol, Tesco, Watson, KK Super Mart, Guardian, kiosk layan diri (SSK), mesin ATM dan CDM di bank CIMB dan beberapa stesen minyak Petronas yang terpilih.
Dalam erti kata mudahnya, kepada pihak yang sengaja nak mengelirukan rakyat dengan menjaja isu - isu Longkang macam ni, baik rentikan aje la. Bukannya dapat faedah pun kalau dok sibuk sangat nak buat cerita yang bukan - bukan!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.