Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AMK KANTOI "LUCAH MELAMPAU"!!!

SEMUT HITAM
AMK KANTOI "LUCAH MELAMPAU"!!!
Rasa tidak puas hati di kalangan ahli Pemuda PKR (AMK) dengan ahli majlis pimpinan pusatnya, Halimah Nasoha yang digugurkan diheret kepada beberapa siri perbualan yang dianggar berbaur seksis di media sosial.

Paparan skrin WhatsApp Pemuda PKR menunjukkan Timbalan Ketua Pemuda PKR Selangor Zainol Abidin Mohamed meminta Halimah "menutup buah dadanya sebelum nak mencabar".

Zainol membuat ulasan itu sebagai respons kepada rakan-rakan Anak Muda Kecoh yang berkongsi gambar Halimah memakai baju putih tanpa lengan bersama tiga rakannnya.
Perbualan mengenai Halimah dalam kumpulan itu bermula selepas dia menuntut lembaga disiplin parti memanggil Menteri Besar Selangor dan ahli PKR yang lantang membidas parti itu sendiri, Badrul Hisham Shaharin untuk menamatkan konflik terbuka mereka.

Ketika dihubungi kemudian, Zainol secara terbuka mengakui dia membuat kenyataan itu dan berkata kumpulan berkenaan memang agak ‘panas’ ketika membincangkan kenyataan Halimah.
“Dalam kumpulan Whatsapp itu memang hangat perbincangan pasal isu dia (Halimah). Dalam itu kan, macam-macam ada.“Dalam tulisan itu kita kata, suruh dia jaga aurat dulu sebelum sibuk nak tegur orang pula. Dan dalam sambungan perbualan itu pun, kita sebut bahawa menutup aurat adalah satu tuntutan syariat,” tambahnya.
Zainol bagaimanapun mengakui tidak mempunyai idea mengenai siapa yang membocorkan perbualan WhatsApp mereka. Katanya, terdapat lebih daripada 100 ahli dalam kumpulan berkenaan.
“Tak boleh nak syak sesiapa, dalam itu (kumpulan) banyak kem. Penjelasan saya, saya tidak menyerang dia secara peribadi atau menggunakan kenyataan seksis tetapi lebih kepada syariat,” katanya.
Nampak sangat ahli AMK tu cuba nak menipu rakyat sebab semua orang tau, jumlah ahli yang boleh masuk dalam 'Group' Whatsapp ni hanya setakat 100 orang je. Mana boleh lebih dari itu.

Bagaimana pun, Halimah yang kemudiannya dipetik portal Selangor Post sebagai berkata, perbualan diantara mereka didalam kumpulan Whatapp itu sebagai tindakan yang sangat 'menjijikkan'.

Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat itu membuktikan bahawa puak - puak PKR ni memang tak suka bila kemaluan mereka terdedah. Bab penyelewengan yang berlaku cuba nak ditutup dengan memaki hamun orang yang nak menegakkan Kebenaran!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.