SEMUT HITAM
APA KESUDAHAN KES SALAHLAKU SI MB CAP AYAM NI!!!
Heh! Memang TIPIKAL sungguh Parti Keluarga Rosak ni. Sepertimana yang kita jangka, isu berkaitan dengan penyelewengan dikalangan pemimpin parti tu hanya akan 'Senyap' begitu sahaja.
Sama ada penyelewengan dalam pengurus-tadbir atau pun salahlaku dikalangan pimpinan parti itu sendiri sudah pasti akan 'Hilang' dibawa angin tanpa sebarang tindakan pun yang diambil terhadap mereka.
Tapi kalau diatas pentas, puak - puak PKR ni la yang paling lantang mendabik dada, berkokok menyatakan KONONnya diorang ni Maksum dan Bersih dari melakukan sebarang dosa - dosa.
Diorang tampil dengan memperlihatkan seolah - olah diorang tak pernah buat sebarang kesilapan dan kesalahan seperti mana yang didakwa terhadap orang lain. Kiranya, 'Suci' sangat diorang ni.
Jadi, bagaimana pulak dengan pendedahan - pendedahan yang dibuat oleh Si Chagubard terhadap Si Menteri Besar Selangor tu sebelum ini? Apa tindakan yang diambil terhadap pendedahan tersebut?
Sekiranya kita imbau kembali, Si Chagubard tu pernah mendakwa yang Si Menteri Besar Selangor tu telah menyalah-gunakan kuasa dia dalam beberapa isu berhubung urus-tadbir Rejim Pakatan Negeri dibawah pimpinannya.
Ianya melibatkan penyelewengan Dana Rakyat dalam isu mengecat pintu gerbang yang mencecah hampir RM 10 juta, penyelewengan RM 30 billion Dana Rakyat dalam isu DEIG dan tender balak haram.
Rentetan dari pendedahan - pendedahan secara lantang yang dilakukan oleh Si Chagubard itu melalui sidang media membuatkan PKR sendiri 'Tak Senang Duduk' dan mula 'Panas Punggung'.
Ianya menyebabkan Si Chagubard tu dipanggil oleh Jawatakuasa Disiplin (JKD) parti untuk disoal siasat. Tapi, Si Menteri Besar Selangor tu tak dipanggil pulak. Adakah itu Adil namanya?
Dan sehingga ke hari ini, pendedahan - pendedahan yang dibuat oleh Si Chagubard tu hanya 'Diam' begitu sahaja, seolah - olah dia dah dipaksa oleh pihak atasan agar menutup mulut.
Itu yang PKR nak banggakan sangat selama hari ini bila berdepan dengan rakyat? Itu yang diorang kata diorang ni pejuang - pejuang Keadilan? Kepala Tengkorak diorang la!!! Kalau setakat pandai nak tuduh orang je sedangkan diri sendiri pun bergelumang dengan taik, baik tak payah!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.